in

“Takde ‘common sense'” – Penduduk Lilit Kenderaan Jiran Dengan Pita Kuning Sebab Parking Di Bahu Jalan

Lol

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam hidup berjiran, kita kenalah selalu amalkan sikap toleransi dengan penduduk yang lain. Oleh itu, kita dilarang untuk buat sesuatu sesuka hati kerana bimbang akan keselamatan penghuni di kawasan perumahan kita.

Baru-baru ni, viral satu ciapan seorang pengguna TikTok yang menghantar gambar kenderaan milik jirannya dililit dengan pita kuning oleh penduduk yang lain.


Z1

Kejadian dipercayai berlaku di sebuah kawasan perumahan di Pasir Gudang di mana jiran itu dengan sengaja memarkir kenderaannya di bahu jalan yang boleh membahayakan nyawa orang lain. Walaupun sudah ditegur berkali-kali, jiran itu hanya buat tak tahu saja.

“Bila jiran-jiran dah tegur elok-elok tak dihiraukan. Bila masukkan dalam group penduduk taman, dia buat tak tahu.”

Dalam hantaran tersebut, kelihatan beberapa kenderaan diletakkan di kawasan simpang yang ‘memakan jalan’ serta menyusahkan penduduk yang lain.

Artikel berkaitan: “Menyusahkan orang” – Netizen Puas Hati Tengok Kereta Kena Tunda Sebab Parking Dekat Selekoh

Artikel berkaitan: “Pentingkan diri!” – Bas Tersekat Gara-gara Kereta ‘Parking’ Dekat Simpang Tepi Jalan

Bagi kepentingan bersama, penghuni taman perumahan tersebut membuat aduan kepada pihak berkuasa agar tindakan diambil kepada jiran tersebut.

“Bukan jiran kejam sangat tapi kau yang tak berot*k. Ini siang, kalau malam orang tak biasa masuk ke sini, kesian.”

Z2

Oleh itu, pihak Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) telah datang ke lokasi lalu mengenakan saman kepada pemilik kenderaan itu.

Jadi, korang yang dah ada lesen tu janganlah parking ikut sedap hati demi keharmonian hidup berjiran.

Sumber: mStar, TikTok

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.