Kemelut rumah tangga anak kepada Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania menjadi perhatian serta bualan para netizen.
Perkara ini menyebabkan kesemua ahli keluarganya terkena tempias, antara yang terbaru ialah ibu tirinya iaitu Memey Suhaiza.
Artikel berkaitan: “Komen macam kenal lama, duduk serumah” – Abby Abadi Nasihat Netizen?
Artikel berkaitan: “Tak perlu semua benda kena kongsi” – Abby Abadi Ditegur Norman Hakim Gara-gara Terlalu ‘Bercerita’
Memey menerusi Instagram miliknya memuat naik sebuah video yang memaparkan dia sedang menyediakan juadah berbuka puasa dan kemudiannya berbuka dengan keluarganya, apa yang menrik perhatian ialah Marissa yang juga berada di situ.
View this post on Instagram
Meskipun ia hanyalah video yang boleh dikatakan biasa, namun netizen merasakan ianya sesuatu yang tidak sepatutnya dimuat naik oleh Memey memandangkan konflik yang sedang membelenggu ibu kepada Marissa iaitu Abby Abadi.
Ruangan komen posting tersebut dibanjiri dengan luahan netizen yang merasakan Memey seakan tidak sensitif dengan isu yang sedang berlaku.
Malah, ada juga yang berpendapat pasti Abby Abadi sangat sedih melihat wajah anak perempuannya itu.
Sebelum ini, kecoh dalam media sosial apabila tular komen perbalahan antara Norman dan Abby mengenai isu pernikahan Marissa dengan suaminya, Aslam.
Sumber: Instagram