Pelbagai kaedah yang digunakan sesetengah pemilik perniagaan dalam mempromosi produk yang mereka jual di pasaran.
Ada yang menggunakan cara marketing yang baik dan ada pula yang tersilap langkah sehingga dilabel menggunakan bad marketing dalam mempromosi perniagaan mereka serta menerima kecaman ramai.
Terbaru, tular semalam perniagaan kentang goreng atau fries yang menerima kecaman hebat netizen apabila menggunakan nama kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan dalam satu posting di X.
Artikel berkaitan: “Harap semua berhenti berspekulasi” – Misteri Kematian Zayn Rayyan Hanya Akan Terungkai Ketika Perbicaraan
Artikel berkaitan: Akibat Tekanan, Ibu Bapa Zayn Rayyan Jalani Rawatan Psikologi
“Kalau korang penat berfikir, rehat sekejap dengan…”
Menerusi posting tersebut, perniagaan itu pada awalnya menyebut tentang kes Zayn yang menjadi sebutan ramai dan betapa misterinya kes berkenaan.
Kemudian, posting itu kemudian mengajak orang ramai menikmati fries mereka jika sudah penat berfikir mengenai kes tersebut dan sambung semula (baca kes Zayn Rayyan) ketika sambil makan. Aduhai…
Video tersebut walau bagaimanapun sudah dipadam dari media sosial setelah ia menerima kecaman hebat netizen.
Menerusi komen-komen yang ditinggalkan netizen, rata-rata mengutuk tindakan perniagaan tersebut yang menggunakan nama arwah Zayn sebagai salah satu cara untuk mempromosi produk mereka.
Malah ramai yang mengatakan perkara itu sangat tidak sensitif kerana kes berkenaan merupakan satu tragedi buruk yang berlaku di negara kita dan ia bukan perkara main-main.
Sebelum nak tulis ayat-ayat copywriting tu, tolonglah check betul-betul supaya tak sentuh mana-mana sensitiviti. Apa-apapun kita doakanlah yang terbaik buat arwah Zayn Rayyan ya.
Sumber: X