in

“Takde adab!” – Netizen Bengang Tengok Wanita Buang Air Kecil Di Bangunan CIQ Johor Bahru

Ciq Jb Kencing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bangunan Sultan Iskandar merupakan kompleks kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) yang terletak di Johor Bahru bagi persempadanan dengan Singapura, ia merupakan checkpoint bagi pengguna jalan raya.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang wanita bertindak membuang air kecil di pekarangan bangunan tersebut.


Tindakannya itu menimbulkan kemarahan ramai netizen yang mempertikaikan perbuatan kotor wanita berkenaan, seakan tiada tandas awam yang disediakan di bangunan tersebut.

Video berdurasi 24 saat tersebut tular di media sosial, menjengah ke ruangan replies di Twitter ramai yang mengandaikan wanita berkenaan merupakan warganegara Singapura.

Ramai juga yang mengatakan wanita berkenaan hanya membuat perkara kotor itu di Malaysia dan tidak di negara jiran, Singapura.

Cats 15

Menurut laporan Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis berkaitan isu tersebut.

“Jika ada laporan dibuat, kita akan siasat dan ambil tindakan ikut undang-undang. Patuhi peraturan dan jaga kesopanan, gunakan tandas yang disediakan di kawasan terbabit,” katanya.

Harap takde lagi lah kes macam ni…

Baca: “Jiran puaka” –  [VIDEO] Tingkap Selalu Bau Hancing, Rupanya Jiran Tergamak Simbah Air Kencing!

Ft Jiran Kencing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.