Pemain perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia telah memuat naik satu hantaran di akaun Instagram miliknya, memaparkan pingat gangsa yang diperoleh di Olimpik Paris 2024 disarung pada patung figurine miliknya.
Bagaimanapun, hantaran terbabit tidak diletakkan sebarang kenyataan atau caption seperti yang selalu dibuat oleh atlet lain selepas memperoleh kemenangan.
Komen Zii Jia tarik perhatian ramai
Namun begitu, menerusi ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen tetap mengucapkan tahniah dan berasa bangga kepada bekas juara All England itu kerana hasil usaha yang diberikan pemain itu telah membuahkan hasil.
Artikel berkaitan: “Apa salah saya” – Lee Zii Jia Menangis Semasa Ditemubual Wartawan, Luah Suka Duka Sebelum Genggam Pingat
Artikel berkaitan: “Pencetus semangat atlet Malaysia” – Ramai Netizen Gelar Bangmed ‘Wartawan Of The Year’
View this post on Instagram
Salah seorang peminat badminton telah meninggalkan komen dengan bergurau memintanya untuk menulis hantaran dalam tiga bahasa.
Zii Jia yang melihat komen tersebut membalasnya dengan berkata, “tak yah tulis karangan dah if u know, u know”.
Komen terbabit telah menarik perhatian ramai terutama peminat badminton yang turut faham maksud tersirat yang disampaikan oleh Zii Jia.
Terdahulu, Zii Jia meluahkan rasa sebak dan mempersoalkan kesalahan yang dilakukannya selepas namanya beberapa kali sering menjadi sasaran kecaman di platform media sosial.
Semalam, Zii Jia disambut meriah oleh peminat sukan tanah air di KLIA bersama beregu lelaki Aaron Chia dan Soh Wooi Yik.
Untuk info, pemain berusia 26 tahun ini telah berjaya memperbaiki kedudukannya dalam ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dengan naik satu tangga ke kedudukan keenam dunia.