in

“Tak tergambar perasaan” – Dua Beradik Terduduk Lihat Mangsa Kemalangan Maut Ibu Sendiri

Feat Kemalngan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah pasti setiap anak akan merasa trauma apabila menerima berita kehilangan ahli keluarga lagi-lagi apabila menyaksikan sendiri jasad ahli keluarga di depan mata.

Itulah yang berlaku kepada dua beradik ini yang menyaksikan sendiri jasad kaku ibu mereka yang terlibat dalam satu kemalangan maut antara motor dan kereta.


Menerusi satu perkongsian di laman Facebook, seorang pengguna bernama Nurfa Ray telah memuat naik status serta beberapa gambar yang memperlihatkan keadaan di lokasi kemalangan tersebut berlaku.

 

Cerita pagi tadi.. Jalan Sungai Ular

Kemalangan 1

Selain itu, terdapat juga beberapa keping gambar dimuat naik oleh Nurfa Ray dalam akaun Facebook miliknya.

Menurutnya, gambar itu dihantar sendiri oleh suaminya yang secara kebetulan lalu di kawasan tersebut. Terdapat juga satu foto yang memaparkan seorang remaja lelaki dan murid perempuan yang masih memakai baju uniform sekolah yang merupakan anak-anak mangsa kemalangan tersebut.

Kemalangan 2

Kemalangan 3 2

 

Dalam perjalanan menghantar adik ke sekolah

Berdasarkan postingan tersebut, Nurfa mengatakan bahawa remaja lelaki tersebut sedang dalam perjalanan untuk menghantar adiknya ke sekolah. Dia kebetulan lalu disitu dan berhenti untuk melihat kemalangan tersebut.

Namun, apa yang tidak disangka-sangka, mangsa kemalangan yang terperosok di bawah kereta itu adalah ibu mereka sendiri.

Allahu…

 

Jatuh rebah sambil menangis dan memeluk adiknya

Remaja berkenaan yang terkaku melihat jasad ibunya dilihat jatuh rebah dan menangis. Dia juga dilihat memeluk adiknya di atas rumput kerana tidak dapat menanggung kesedihan kehilangan seorang ibu.

Dia tengok ada orang ‘excident’, dia berhenti tengok mak dia yang terbujur kaku duduk bawah kereta. Allah… Tak tergambar perasaan seorang anak yang jatuh rebah menangis peluk adiknya

Kemalangan Abang

 

Tabah dan sabar dik – Netizen

Postingan itu mendapat lebih daripada 1,000 shares dan 929 comments. Rata-rata netizen memberi ucapan takziah dan kata-kata semangat kepada ahli keluarga mangsa.

Komen 1

Komen 2

Komen 3

Innalillahiwainnalillahirrojiun. Semoga ibu mangsa ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. 

Baca: Mimpi ngeri seorang guru Isu Kemalangan Libatkan 3 Nyawa Murid, Guru Sekolah Luah Rasa Takut Dipersalahkan Ketika Jalankan Tugas

Baca Kemalangan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.