in

“Tak terfikir untuk hidup mewah dgn jalan pintas” – Nora Ariffin Jawab Dakwaan Sudah Bernikah Dengan Menteri Wilayah?

Nikah Nuar Muso Nora

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial satu khabar angin yang mengatakan penyanyi, Datuk Nora Ariffin telah bernikah dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

Menerusi satu posting di Twitter, pengguna media sosial terbabit telah mengucapkan ucapan tahniah kepada Nora dan Annuar yang katanya sudah bergelar suami isteri.


Walau bagaimanapun, tweet itu pantas dijawab oleh anak Nora, Mohamad Syakir Iman Johan yang menafikan dakwaan ibunya telah menjadi isteri kedua menteri tersebut.

Whatsapp Image 2021 04 29 At 09.50.11

 

“Janganlah memfitnah dan menuduh saya bukan-bukan” 

Susulan viral isu tersebut, Nora semalam telah memuat naik satu posting di Instagram memberi penjelasan sebenar akan hal tersebut.

Menurut Nora, sungguhpun dia sudah kehilangan arwah suaminya, tidak wajar bagi mereka di luar sana melemparkan fitnah dan tuduhan yang bukan-bukan terhadap dirinya.

https://www.instagram.com/p/COQExiuH4O1/?igshid=k01m6r4eim7y

Dari 4 tahun lalu, hingga ke hari ni, hidup saya tetap sama saja, tetap meneruskan perjuangan demi masa depan anak2.

“Kerja siang mlm, kehulu kehilir cari rezeki utk menyara keluarga, bukan mencari umpan besar. Saya tidak terfikir sama sekali untuk hidup mewah dgn jalan pintas.

“Saya akui bila kena manage diri sendiri, mmg saya terpaksa ‘deal’ berurusan & bertemu dgn ramai org serta semua golongan, mcm2 kerenah manusia yg saya temui,” katanya.

 

“Kalau nak buat fitnah, fitnah saya seorang sahaja” – Annuar Musa 

Dalam pada itu, Tan Sri Annuar Musa yang memberi respon berhubung isu tersebut telah memberi amaran kepada mana-mana pihak yang mahu memfitnahnya supaya tidak mengaitkan perkara tersebut dengan orang lain.

“Saya orang politik tak apalah kalau kawan-kawan nak fitnah sikit-sikit. Tapi kalau libatkan orang lain kena jaga nama baik, keluarga orang lain. 

“Orang yang disebutkan itu setahu saya daripada keluarga yang cukup terhormat. Saya kenal sepenuhnya latar belakang mereka dan sebagainya.

“Kalau nak buat fitnah, fitnah saya seorang sahajalah. Jangan kaitkan orang lain,” katanya, lapor Sinar Harian.

41583759163 Annuarmusa

Tambah Ahli Parlimen Ketereh ini lagi, sebaiknya orang ramai mengambil iktibar dan mengurangkan perkara mungkar sepanjang bulan Ramadan ini.

“Tambah perkara-perkara kebajikan. Saya pun tak nak marah-marah. Kita elok sabar sahaja.

“Saya bila tengok perkara itu tengah malam semalam memang tak sedap hati,” katanya.

Tak baik memfitnah di bulan yang baik ni. Sebaiknya kita perbanyakkanlah amal ibadat supaya bertambah pahala dan bukannya dosa. 

Baca: “Saya terkilan netizen hanya kecam adik dan ibu” – Kes Video Bercumbu Tular, Anak Sulung Nora Ariffin Akan Ambil Tindakan Undang-Undang

Nora

Sumber: Twitter
Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.