Pengangkutan awam yang efisien di Jepun sememangnya telah menjadikan negara itu terkenal di seantero dunia. Rata-rata rakyat negara matahari terbit juga tak perlu beli kereta pun untuk bergerak ke mana-mana sebab mereka boleh naik public transport je untuk sampai ke destinasi termasuklah ke tempat kerja.
Bukan hanya ada kereta api laju dan bas yang sangat tepat pada waktunya, kali ini Jepun juga ada menawarkan kenderaan hybrid iaitu gabungan bas dan kereta api untuk kegunaan rakyatnya.
https://www.facebook.com/asatetu.ganbaru/photos/a.154029864736270/2109497265856177/?type=3
Menurut Oddity Central, kenderaan yang direka seperti bas dengan dua fungsi itu telah dilancarkan oleh sebuah syarikat pengangkutan iaitu Asa Coast Railway. Difahamkan, kenderaan itu boleh bergerak seperti bas biasa di jalan raya menggunakan tayar namun apabila ia melalui landasan kereta api, ia akan menurunkan tayar besi dari bawah kenderaan itu
Dalam masa yang sama, tayar depan bas juga akan naik sedikit secara automatik ketika ia bertukar menjadi kereta api. Paling mindblown, hanya 15 saat diperlukan untuk kenderaan hybrid ini bertukar dari bas menjadi kereta api!
Bas-kereta api ini dijangka akan memberikan manfaat yang baik kepada penduduk di kawasan luar bandar dan buat masa ini, ia hanya boleh dinaiki di pekan kecil seperti di Kaiyo, Jepun sahaja.
Kenderaan dengan dua mod ini boleh membawa penduduk tempatan ke destinasi tujuan sebagai bas dan kereta api dalam masa yang sama,” kata CEO Asa Coast Railway, Shigeki Miura.
Untuk pengetahuan semua juga, kenderaan dual mode atau DMV yang menggunakan minyak diesel ini juga boleh membawa sehingga 21 penumpang dalam satu-satu masa.
https://www.facebook.com/asatetu.ganbaru/photos/a.154029864736270/2143734255765811/?type=3
Manakala dari segi kelajuan pula, ia boleh mencecah sehingga 100km per jam jika digunakan sebagai bas. Selain itu, kelajuannya sebagai kereta api ialah sehingga 60km per jam.
Kenderaan hybrid bas dan kereta api ini dikatakan merupakan yang pertama di dunia dan ia mula dilancarkan pada Disember lalu di Jepun, lapor South China Morning Post.
Nak tahu macam mana kenderaan ni bergerak? Boleh tengok video YouTube ini.
Hebat betul inovasi orang Jepun. Kalau ada ni jugak dekat Malaysia, mesti kita dah tak lambat sampai tempat kerja lagi kan.
Sumber: Oddity Central, Facebook Asatetu Ganbaru, YouTube South China Morning Post
Baca: Gara-gara Trend, Kini Ramai Buru Proton Juara Untuk Jadikan Campervan