Lagenda bola sepak Argentina, Carlos Tevez mengakui beberapa pemain kelab Independiente, Argentina, mengakui beberapa pemainnya tidak mempunyai pendidikan sekolah.
Menurut bekas pemain Manchester United yang kini berkhidmat sebagai jurulatih di kelab itu berkata, tiga pemain dari pasukannya tidak tahu matematik asas dan cara menambah dan menolak.
Memetik laporan Daily Sports, Tevez telah menjalankan latihan dan ujian kepantasan yang berkaitan dengan neurosains di kelabnya. Apabila pemain keletihan secara fizikal, beliau memintanya menyelesaikan masalah matematik, seperti menambah dua tambah dua. Walau bagaimanapun, tiga pemain dalam pasukan itu memberitahu, mereka tidak tahu cara menambah dan menolak.
Bagi Tevez, ini adalah masalah kemiskinan. Menurutnya lagi, kita boleh tolong mangsa kemiskinan dengan makanan dan dalam pelbagai cara, tetapi pendidikan juga adalah sama penting. Jurulatih itu menegaskan pemain-pemainnya mesti boleh mempertahankan diri, dan boleh membaca apa yang ditanda.
Sehubungan dengan itu, pihak kelab menganjurkan projek dan menyediakan pemain-pemain yang terlibat dengan seorang guru untuk mengadakan kelas tambahan atau tuisyen selepas latihan selama dua jam.
Untuk rekod, Tevez dilantik sebagai ketua jurulatih Rosario selepas menamatkan karier bola sepaknya pada tahun 2022. Setahun kemudian, beliau mengambil alih Independiente dan kini pasukannya berada di tempat kedua selepas lapan perlawanan dimainkan.
Baca: Gol Ronaldo Cetus Kontroversi, Pandangan Penjaga Gol Terhalang Akibat Asap