in

“Tak tahu apa yang merasuk fikiran time tu” – Jurugambar Mohon Maaf Isu Gambar ‘Freestyle’ Waktu Majlis Kahwin

freestyle

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini viral di media sosial berhubung dengan satu gambar pasangan pengantin memegang buah dada seorang wanita dan gambar itu ditangkap oleh jurugambar pengantin sekaligus merupakan kawan kepada pengantin lelaki berkenaan.

Dikatakan jurugambar meminta mereka untuk membuat freestyle dan secara spontan mereka membuat aksi berkenaan.


facebook

“Saya mohon orang ramai padam dan berhenti menularkan gambar ‘kurang senonoh’ rakan saya daripada media sosial masing-masing” 

Ini merupakan penjelasan daripada jurugambar berkenaan yang dah upload gambar kurang senonoh rakannya di Facebook sewaktu majlis kawin itu. Akibat daripada itu, ketiga-tiga individu itu mendapat kecaman yang hebat daripada netizen.

Jelasnya, wanita yang berada di tengah itu merupakan kakak kandung pengantin lelaki dan gambar tersebut hanyalah untuk simpanan peribadi je. Menurutnya, tindakannya itu just untuk bergurau dengan rakan sempena ulang tahun kelahirannya sebab tu dia upload dekat Facebook.

kakak 1

Menurut Harian Metro, setelah gambar itu tular jurugambar berkenaan terus menghubungi rakannya dan memadamkan gambar itu dengan segera.

“Walaupun rakan saya sudah memaafkan saya namun terbit rasa bersalah berikutan muka mereka kini menjadi tular disebabkan gurauan keterlaluan saya”

Sehubungan itu, jurugambar berkenaan mengambil ini sebagai pengajaran dan berharap agar orang ramai tak mencontohi tindakannya yang tanpa berifikir panjang itu.

Katanya lagi, kalau bergurau pun ada batasnya apa lagi melibatkan maruah seseorang.

Lepas ni kalau nak upload kat media sosial tu kena fikir banyak kali. 

Baca : “Ni nak hashtag apa pulak” – Viral Aksi ‘Freestyle’ Gambar Kahwin Di Twitter Jadi Kecaman Netizen

kahwin

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.