in

Tak Tahan Isteri Selalu Habiskan Duit Gaji Dengan Bersedekah, Lelaki Nekad Bakar Gereja

gereja dibakar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak dinafikan, bersedekah itu memang satu amalan yang mulia. Tapi, tak sangka pula disebabkan terlalu kerap melakukan perbuatan itu mengakibatkan sebuah gereja dibakar seorang suami yang sudah serik.

burned church3 750x1000 1 e1656817429662

Pledge Times melaporkan, dalam satu kejadian di Saint Petersburg, Rusia, sebuah gereja menjadi ‘mangsa’ seorang lelaki selepas tempat beribadat itu dibakar gara-gara lelaki terbabit sudah tidak tahan melihat isterinya menderma wang yang banyak ke gereja itu.


Pihak berkuasa tempatan menerima laporan pada 26 Jun lalu mengenai kebakaran besar yang berlaku di Gereja St. Basil the Great di perkampungan Pargolovo. Disebabkan struktur gereja yang dibina menggunakan kayu, bangunan terbabit cepat dimamah api. Pun begitu, gereja terbabit berjaya diselamatkan atas bantuan penduduk setempat.

Pada mulanya, ramai yang percaya kebakaran itu tercetus akibat litar pintas, namun setelah disiasat, rupanya, gereja terbabit sengaja dibakar oleh seorang lelaki tempatan selepas dia tidak tahan melihat isterinya menghabiskan duit gajinya dengan menderma ke gereja berkenaan.

burned church2 750x394 1 e1656817554804

Difahamkan, suspek yang berusia 36 tahun yang juga bapa kepada empat orang anak itu sering bergaduh dengan isterinya gara-gara tidak berpuas hati kerana si isteri kerap kali menghabiskan wang gajinya dengan menderma di gereja terbabit.

“Dia (suspek) bekerja keras dan dia marah kerana isterinya yang selalu bekerja secara sukarelawan di gereja terbabit selalu menghabiskan wang gajinya dengan menderma di gereja berkenaan. Jadi, suspek buntu dan buat keputusan untuk bakar gereja terbabit dengan harapan ia akan menghentikan isterinya daripada menghabiskan wangnya,” tulis sumber.

Sumber: Pledge Times

Baca: Lelaki Ugut Sekuriti, Cuba Bakar Pejabat Lepas Bengang Isteri Kena Kerja Masa Cuti Umum CNY

bakar pejabat CNY e1656814828385

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.