in

“Tak suruh gugurkan pun!”- Dispatch Dedah Kisah Disebalik Isu Kim Seon Ho & Ex-GF

fi ksh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berikutan dengan isu yang telah membuat semua fans ‘Hong Banjang’ terkejut dan sedih baru-baru ini, akhirnya Dispatch buka mulut ceritakan hal sebenar yang berlaku!

Menurut soompi, pihak Dispatch Korea Selatan telah pun mengeluarkan laporan secara terperinci mengenai isu sejarah hubungan percintaan pelakon Hometown Cha Cha Cha itu bersama bekas teman wanitanya.


Aktor Kim Seon Ho (KSH) yang baru-baru ini terlibat dalam satu kontroversi setelah bekas teman wanitanya memuat naik satu posting dengan pelbagai tuduhan. Antaranya ialah menyuruhnya untuk menggugurkan kandungan dengan alasan yang tidak munasabah, melayannya dengan buruk setelah menggugurkan kandungan tersebut dan memburuk-burukkan rakan sekerja.

Walaupun tuduhan tersebut pada mulanya langsung tidak menyebut nama aktor itu, namun Kim Seon Ho telah mengaku bahawa tuduhan tersebut adalah dibuat untuknya serta beliau telah pun mengeluarkan kenyataan maaf secara rasmi.

Hari ini, Dispatch telah mendedahkan kisah sebenar di sebalik isu ini. Bekas teman wanita aktor ini, Choi Young Ah (CYA) merupakan bekas penyampai ramalan cuaca dan kini seorang influencer. 

Berikut merupakan kronologi isu berkaitan aktor ini bersama bekas teman wanitanya:

  • Akhir tahun 2019 – Perjumpaan pertama antara KSH dan CYA di sebuah social gathering
  • Mac 2020 – Mereka mula bercinta
  • Pertengahan Mac 2020 – CYA mengaku pernah bercerai
  • Julai 2020 – Perpisahan pertama akibat penipuan dari CYA
  • 8 Julai 2020 – KSH meminta maaf kepada CYA
  • 24 hingga 27 Julai 2020 – CYA disahkan hamil, perbincangan dan persetujuan untuk menggugurkan kandungan dibuat berdua, CYA ubah fikiran namun setelah itu bersetuju semula untuk menggugurkan kandungan
  • Akhir Julai sehingga awal bulan Ogos 2020 – KSH memperkenalkan CYA kepada ibu bapanya; kedua mereka menginap di rumah ibu bapa KSH
  • Pertengahan Ogos hingga 7 Oktober 2020 – KSH masakkan seaweed soup kepada CYA dua minggu berturut-turut, belikan tonik herba untuknya, adopt Hoya (seekor anjing), menghadiri perjumpaan bersama rakan-rakan dan ke kafe Pacheon bersama rakan
  • Oktober hingga Disember 2020 – Drama Start-Up yang dilakonkan KSH mula ditayangkan di televisyen
  • Disember 2020 – CYA mula mengalami masalah peribadi; dia dikatakan telah diugut dan mengalami anxiety 
  • Januari 2021 – Dispatch menerima info mengenai CYA
  • Januari hingga Mac 2021 – KSH membintangi teater ‘Ice’ dan mengajak CYA menontonnya
  • Akhir Mei 2021 – Mereka bersetuju untuk berpisah akibat penipuan CYA, isu personal dan hilang kepercayaan terhadap CYA
  • 12 Jun 2021 – CYA menghantar mesej kepada KSH
  • 17 Oktober 2021 – CYA membuat posting di Nate

Ikutan kronologi tersebut, syarikat agensi Kim Seon Ho, SALT Entertainment memberi respon “Tiada apa yang boleh kami katakan, kami telah pun membuat permohonan maaf”.

Akhirnya guys, terungkap segala-galanya. Jadi semua fans dah boleh tidur lena ya..

Baca: Sedih dia jatuh sekelip mata – Lepas Dedah Sisi Hitam Kim Seon-ho, Ex-GF Mohon Maaf Akui Berlaku Salah Faham

baca ksh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.