in

“Tak sia-sia tengok kdrama” – Netizen Tercengang Lihat Wanita Jadi ‘Translator’ Di Kedai Durian

wanita cakap korea

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Drama Korea atau K-Drama sangat terkenal di Malaysia, jalan cerita yang unik serta lakonan yang mantap membuatkan ia ada peminat yang tersendiri.

Peminat-peminat K-Drama ini boleh sampai ke satu tahap di mana mereka boleh berbual dan berkomunikasi dengan lancar dalam bahasa Korea.


Itulah yang terjadi baru-baru ini, apabila sebuah video perkongsian @anisrohaizad yang memaparkan seorang wanita bercakap bahasa Korea dengan seorang pengunjung kedai durian dengan begitu lancar.

@anisrohaizad

Makcik jadi translator kat kedai durian ? #koreandramalover

♬ original sound – Anis ?? – Aaanisssss

Video pendek itu memaparkan seorang wanita bertudung biru gelap bercakap dengan seorang warga Korea yang berbaju merah jambu ketika sedang berada di kedai durian menerusi kapsyen, pengguna TikTok itu berkata wanita (Makcik) tersebut menjadi translator di situ.

“Kena rajin tengok K-Drama lepas ni” 

Perkongsian itu menarik perhatian ramai netizen yang berasa kagum dengan kepetahan wanita tersebut berbual dalam bahasa asing itu. 

Pun begitu, ramai juga yang terhibur melihat reaksi seorang lelaki di dalam video itu yang tercengang melihat perbualan mereka berdua.

cats 10

Tak sia-sia tengok K-Drama berjam-jam hihi

Baca: [VIDEO] Ramai Teruja Lihat Lily, Gadis Vietnam Viral Fasih Cakap Bahasa Melayu

Gadis Vietnam Viral Cakap Melayu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.