Sejak semalam tular satu video memperlihatkan seorang pereka fesyen, Razman Razmi diserang oleh seorang jurugambar dalam satu acara anugerah yang berlangsung di sebuah hotel.
Menurut Berita Harian, kejadian itu berlaku kira-kira jam 8.40 malam semalam saat wartawan tengah sibuk menemuramah Datuk Seri Vida sebelum jurugambar tersebut menyerang Razman Razmi menggunakan kameranya.
Artikel berkaitan : Sedar Tingkah Laku Diperhatikan, Pereka Fesyen Diganggu Ah Long
Artikel berkaitan :“Ada isu peribadi” -Polis Reman Jurugambar Guna Kamera Puk*l Pereka Fesyen
Ketika kes ini sedang hangat di media sosial dan menjadi perhatian ramai, seorang wanita mendakwa bahawa dirinya pernah menjadi mangsa pukul jurugambar tersebut. Malah katanya, kes tersebut telah melibatkan polis.
Seperti yang dijelaskan oleh mangsa, punca kes ini disebabkan isu jual beli kereta di antara pelaku serta pereka fesyen, Razman dan Razmi.
Biarpun wanita ini tidak menceritakan punca dia dipukul, ramai yang pelik dan marah dengan jurugambar itu. Namun begitu, ada juga netizen yang mahukan bukti jika dia pernah manjadi mangsa keganasan jurugambar itu.
Terkini, jurugambar tersebut dikatkaan telah ditahan polis. Apapun, kita tunggu je la respon semua pihak untuk maklumat selanjutnya.
Sumber : Berita Harian, X