Sudah banyak tandas awam yang disediakan oleh kerajaan di merata-rata tempat, tapi ada juga segelintir manusia yang memilih untuk membuang air besar dan air kecil di tempat yang tidak sepatutnya.
Inilah yang terjadi baru-baru ini, apabila tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang lelaki yang didakwa tidak siuman telah membuang air besar di tempat wuduk sebuah surau awam.
Mengamuk bila ditegur
Menerusi video yang tular itu, lelaki yang didakwa melakukan perbuatan jijik itu dilihat mengamuk selepas tindakannya membuang air besar ditegur perakam video.
Mereka juga dilihat saling berkejaran di dalam dan luar sebuah premis makanan sehinggalah pelaku bertindak di luar kawalan dengan membaling sebuah kerusi ke arah perakam sambil disaksikan orang awam di restoran.
Kejadian itu juga dipercayai berlaku di sebuah surau dekat Shah Alam, Selangor.
Seorang lelaki (kurang siuman) menyerang seorang penjawat awam, kes berlaku di Shah Alam,” tulis deskripsi video itu.
Artikel berkaitan: Guru Ini Dipuji Ramai Selepas Jaga Murid Tahun 1 yang Terbuang Air Besar Dalam Seluar
Artikel berkaitan: Jijik! Bilik Wanita Ini Penuh Sampah, Selalu Banjir Di Koridor Sebab Saluran Air Tersumbat
Pun begitu, menerusi satu lagi perkongsian di TikTok, pemilik video menjelaskan bahawa rakaman tersebut bukanlah content semata-mata dan pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengambil tindakan tegas terhadap pelaku.
Bukan sekadar content! Kejadian berlaku di Shah Alam pada 25 Oktober 2023. Hari ini pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil tindakan tegas terhadap pelaku.
“Demi keselesaan penduduk di kawasan sekitar. Syabas pihak Majlis Bandaraya Shah Alam kerana mengambil tindakan pantas,” kata pemilik video.
https://www.tiktok.com/@m.norazlii/video/7294265034258042114?_r=1&_t=8gqkJFnkhzF
Sehingga setakat ini belum ada penjelasan rasmi dari pihak MBSA serta pihak polis berhubung kejadian itu. Harapnya kejadian ini tidak berulang lagi.