Selepas netizen melancarkan gerakan sekatan akaun selebriti tanah air yang didakwa bekerjasama dengan jenama boikot, penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha mendedahkan dia telah menamatkan kontraknya dengan beberapa jenama itu serta-merta.
Tindakan yang berani dilakukan Daiyan selepas mengambil kira teguran orang ramai terhadapnya sejak kebelakangan ini.
“Peringatan kepada saya”
Menerusi hantaran di platform X, Daiyan berkata dia bersyukur dengan gerakan yang dilakukan orang ramai sekali gus telah menyedarkan semua untuk lebih memfokuskan kepada nasib rakyat Palestin.
Artikel berkaitan: Tersenarai Dalam Blockout 2024, Daiyan Trisha Pertahan Diri Tunjuk Sumbangan RM100,000 Kepada Palestin
Artikel berkaitan: 5 Artis Malaysia Yang Bersuara Lepas Nama Dimasukkan Dalam #Blockout2024
“Harap maklum bahawa kita (artis) semua mempunyai kewajipan kontrak yang berbeza terhadap jenama yang berbeza.
“Saya bersyukur kerana saya telah dibenarkan untuk menamatkan kontrak saya lebih awal dengan beberapa jenama yang saya bekerjasama rapat.
“Saya menghargai pemahaman semua orang. Saya bersyukur kerana isu ini membawa kita semua kembali fokus kepada Palestin.”
Dalam hantaran sama, dia juga meminta orang ramai agar tidak berhenti menyatakan sokongan terhadap nasib yang menimpa saudara kita yang kini berkumpul di Rafah, tempat terakhir untuk mereka berlindung.
Difahamkan, Daiyan enggan memberitahu mengenai kerugian dan penalti dikenakan susulan tindakan menamatkan kontrak.
“Tak semua artis boleh buat macam Daiyan”
Susulan kenyataan Daiyan, rata-rata netizen menzahirkan terima kasih dan memuji keberaniannya untuk membatalkan kontrak.
Menurut netizen, Daiyan merupakan artis Malaysia pertama yang berbuat demikian. Dalam pada itu, netizen mendoakan agar aktres itu dikurniakan rezeki lebih baik atas tindakannya.