Keseronokan untuk berjumpa rakan-rakan sekolah selepas empat bulan ditutup akibat pandemik Covid-19 berakhir dengan kesedihan. Menurut Sinar Harian, seorang pelajar tingkatan 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mulia, Bandar Tun Razak, Cheras dilaporkan meninggal dunia pagi semalam.
Amiruddin Naim Ariffin, 15, dikatakan berada dalam keadaan sihat ketika pemeriksaan suhu dilakukan sebelum masuk ke kawasan sekolah.
Namun, menurut Harian Metro, ketika mendengar taklimat guru berkenaan SOP Covid-19 yang perlu dipatuhi pelajar, mangsa tiba-tiba pengsan. Sumber berkata,
Semasa pemeriksaan suhu sebelum mangsa memasuki sekolah, pihak sekolah mendapati suhu badannya tidak menunjukkan demam atau tidak normal.”
Ibu mangsa, Nora berkata kali terakhir dia bercakap dengan anaknya adalah sebelum dia keluar untuk ke sekolah jam 7 pagi. Mangsa berjalan ke sekolah bersama beberapa orang rakannya kerana tidak jauh dari rumah.
Kira-kira jam 7.50 pagi (semalam), saya mendapat panggilan telefon daripada seorang gurunya yang menyatakan anak pengsan sebelum terus bergegas ke sekolah untuk melihat keadaannya.”
Bagaimanapun, Amiruddin yang terus dikejarkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz disahkan meninggal dunia sejurus tiba di hospital untuk mendapatkan rawatan.
Dia memang tiada sakit apa-apa. Dia seorang anak yang sihat dan tiada sejarah penyakit selama ini.”
Saya pun tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya dan menunggu keputusan bedah siasat yang dijalankan pihak hospital.”
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, siasatan lanjut diteruskan bagi mengenal pasti punca kematian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Baca: “Tak sangka tu petanda” – Anak Kongsi Abah Tidur Lewat Nak Luang Masa Dengan Anak-anak