in

“Tak semestinya nak kena ada duit, asalkan kita suka” – Adira Suhaimi Backup Andika Putera Pasal Isu ‘Old Money’

Ft Andika Putera Adira

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terpanggil dengan kecaman dan pertikaian daripada pelbagai pihak, penyanyi Adira Suhaimi tampil memihak kepada pempengaruh, Andika Putera yang memulakan gerakan ‘Old Money Club’ itu.

Dalam satu video di reels yang memperlihatkan dirinya berada di sisi pempengaruh itu, Adira menjelaskan bahawa trend pakaian ini sebenarnya sudah ada dari dulu dan cuba ia dilakukan semula.


Artikel berkaitan : Adira Suhaimi ‘Berguru’ Dengan Andika Putera, Netizen Usik Nak Beli TRX

Artikel berkaitan : Nonny Nadirah Dakwa Diganggu Sihir Punca Buka Tudung & Berpenampilan Seksi

Jelas Adira lagi, perkara ini hanya sekadar berfesyen dan tidak semestinya harus menjadi kaya untuk berfesyen serta ia bergantung kepada minat individu tersebut.

Dalam pada itu, menerusi ruangan kapsyen, Andika Putera menjelaskan bahawa tidak dinafikan bahawa Old Money adalah gelaran untuk orang yang mewarisi kekayaan turun temurun.

Tapi apa yang Dika nak ketengahkan adalah bagaimana pemakaian mereka, lifestyle mereka, dan bagaimana cara mereka berfikir. Itu yang cuba untuk diikutkan dan diaplikasikan dalam hidup.”

Jelas Andika, adalah satu perkara yang bagus untuk seseorang itu mengubah diri daripada berada di zon selesa untuk menjadi yang lebih baik. Menjengah ke ruangan komen, ia mengundang pelbagai reaksi netizen, ada yang masih mempertikaikan mereka dan ada juga yang menyokong mereka.

Andika Adira Andika Adira 2 Andika Adira 3

Apa pandangan korang?

Sumber : Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.