in

“Tak semestinya Islam” – Pelancong Diminta Hati-hati Bab Makan Di Indonesia, Bimbang Dihidang Daging Non-Halal

ft makcik jual daging ular 1

Seringkali kita dengar desas desus daripada rakan yang dah melancong ke negara Indonesia bahawa perlu berhati-hati dalam bab-bab makanan kerana bukan semua menu yang kita biasa makan itu menggunakan daging halal dan video yang tengah tular di Twitter ini telah membuktinya.

 

Pakai kopiah dan tudung tak semestinya islam

Image from iOS 3

Dalam berdurasi 34 saat ini, kelihatan seorang makcik yang dikatakan berniaga di sebuah warung di tepi jalan sedang memegang seekor ular tedung. Tanpa diduga rupanya ular tersebut ‘disiang’ dan dagingnya diambil untuk dijadikan hidangan seperti sate.

Dalam pada itu, pada saat ke 5 video ini, terpampang menu-menu aneh yang dijualnya yang berasaskan daging haiwan-haiwan reptilia seperti biawak, ular, tokek dan sebagainya.

Image from iOS 1

Disebabkan itu, laman Twitter @MALAYSIAVIRALL merumuskan dan memesan bahawa individu perlu lebih berhati-hati dalam bab makanan.

Dalam masa 2 jam, video ini telah meraih lebih 870 jumlah retweets dan rata-rata netizen tidak tahan melihatnya. Bukan itu sahaja, ada yang menceritakan pengalaman mereka apabila mengetahui ada sebuah gerai bakso itu menghidangkan daging tikus.

Screenshot 2022 06 16 163853 Screenshot 2022 06 16 163904

Selain itu, ada juga satu video yang memperlihatkan seorang pakcik berkopiah membuat kaedah yang sama, sedang sibuk memproses sate ular daripada ular itu hidup.

Image from iOS 2

Disamping itu, ramai netizen yang bimbang dengan ‘budaya’ sebegini akan muncul lagi wabak baru pada masa akan datang.

Boleh tengok video penuh disini

Nak muntah – Netizen

Screenshot 2022 06 16 162421 Screenshot 2022 06 16 162526 Screenshot 2022 06 16 162537 Screenshot 2022 06 16 162556 Screenshot 2022 06 16 162704 Screenshot 2022 06 16 162724

Mohon lepas ni kita berhati-hati lah, kena pandai pilih tempat, tapi ada sahaja kat sana yang sedap-sedap kan?

Baca : “Ini untuk pelaris” – [Video] Penjual Bakso Mengaku Letak Spender Dalam Kuah Bakso Sejak 10 Tahun Lalu

FT SPENDER FINAL