in

‘Tak Sedar Diuntung’, Lelaki Ini Malu Mengaku Pekerjaan Ibu Dengan Teman Wanitanya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibu adalah kurniaan terhebat dari Allah SWT. Selama 9 bulan mereka bawa kita di dalam perut, sakit pinggang, kaki, bahu dan seluruh badan. Tetapi mereka kuat, demi anak yang dikandungkan. Selepas melahirkan, mereka jaga kita bagai menatang minyak yang penuh. Penat lelah, tidak cukup tidur apatah lagi pelaburan wang yang dibuat untuk kita. Tidak cukup besarkah pengorbanan ibu?


Walau sebaik mana layanan kita beri pada ibu, kita jaga ketika ibu sudah tua semua itu tidak terbanding dengan pengorbanan mereka untuk kita.

Sudahlah begitu, ada pula yang tidak hargai jasa ibunya dan tidak beri layanan yang baik. Seorang lelaki dari sebuah universiti berprestij dengan beraninya menceritakan kisah beliau yang bukan saja tidak bersyukur tapi juga seorang anak yang ‘tak sedar diuntung’.

Post beliau berbunyi begini:

*di translate dari Bahasa Inggeris*

“Sudah 4 bulan saya jalinkan hubungan tetapi saya belum kenalkan ahli keluarga saya kepada teman wanita. Sejak kebelakangan ini, dia selalu bertanya kerana ingin tahu jika saya betul betul beri komitmen pada hubungan kami. Sebenarnya, saya takut nak beritahu dia ibu saya hanya seorang penjual beer.

Sewaktu kecil, ramai yang sering cakap perkara tak elok, mengejek tentang ibu saya dan membuatkan saya rasa kurang keyakinan diri. Itulah sebabnya saya belajar bersungguh-sungguh dan dapat sambung belajar dalam bidang yang berprestij di NUS. Semenjak itu, saya tolak pelawaan ibu untuk memberi duit poket sebab saya rasa duit yang diberi itu ‘kotor’. Semua duit hasil jualannya datang dari orang yang low class, tua dan pemabuk yang terdesak yang sentuh tangan ibu untuk membuat pembayaran. Ironiknya, duit itulah yang membiayai kos pembelajaran saya di universiti. Sesuatu yang sangat memalukan dan tidak dapat saya lupa.

Sehingga kini saya selalu ‘pusing’ cerita dan beritahunya ibu saya seorang usahawan yang sibuk. Teman wanita saya datang dari kalangan yang ‘berada’, kalau dia tahu saya ada ibu yang sebegitu, saya takut dia akan tinggalkan saya. Apa yang saya dah buat selama ini sampai saya dapat ibu yang sangat memalukan!”

Pan Angry Gif Mei Liveblogs Dbz

Baca statement dia pun dah geram kan?

Sudah lah ibu yang melahirkan dan membesarkan, beri makan beri pelajaran, wang ringgit dan yang paling berharga adalah kasih sayang, tapi macam ni dia cakap tentang ibu dia..

Kalau dah statement macam ni, for sure dapat cemuhan. Di ruangan komen, pelbagai kemarahan yang ditunjukkan. Ada juga yang beri nasihat mengatakan beliau seharusnya melayan ibunya dengan baik dan tidak patut malu dengan perkerjaan dan status ibunya.

Jasmine Kor berkata:

“Ibu awak membesarkan awak dan begini awak melayannya? Anak tak guna. Awak tak sepatutnya tipu dengan teman wanita, kalau dia pedulikan perbezaan status, putuskan hubungan. Dari situ dah boleh nampak karakternya. Dan awak, ibu awak tidak patut ada anak macam awak. Saya kesian dengan ibu awak”

Jason Loo:

“Kalau bukan kerana ibu awak kerja untuk membayar yuran sekolah masa awak kecil, awak tidak akan berada di NUS sekarang. Belajar untuk bersyukur ada ibu sebegitu. Awak ingat dia nak kerja sebegitu? Dia bekerja keras kerana dia nak awak ada masa depan yang lebih baik, sebab dia tahu betapa susahnya untuk survive tanpa pelajaran”

 

Bagus netizen di atas kata-kata hikmah anda (Y)

Applause Standing Ovation

 

Apa apa pun, harap dia sedar dan sempat minta maaf pada ibunya sebelum terlambat. Hargailah ibu anda selagi mereka masih ada 🙂

Giphy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.