Baru-baru ni, ada beberapa selebriti Malaysia yang baru saja bergraduasi dari universiti seperti Tomok, Pekin Ibrahim dan juga Aril Pilus. Kalau korang lihat ijazah mereka, ianya taklah jauh beza dengan kerjaya yang mereka ceburi masa kini.
Tapi, ada juga artis tanah air yang bekerja luar bidang tau! Walaupun begitu, mereka tetap peroleh kejayaan meskipun tak ada kaitan langsung dengan bidang yang mereka belajar dulu. Kalau korang nak tahu siapa, korang kena baca artikel ni.
1. Yuna
Nama sebenar beliau ialah Yunalis Mat Zara’ai merupakan seorang penyanyi dan penulis lirik yang berasal dari Alor Setar, Kedah. Kerjayanya telah bermula sejak 2001 dan berkembang sejak itu sehinggakan beliau bergelar artis antarabangsa yang terkenal satu dunia tau!
Mana taknya, dia pernah berduet dengan penyanyi luar negara seperti Usher dan Jay Park dalam menghasilkan lagu-lagu yang hit.
Penyanyi “Dan Sebenarnya” ni ada keunikannya yang tersendiri di mana dia dulu bukanlah seorang penuntut dalam bidang muzik di universiti. Tapi, dia merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian dari Universiti Teknologi MARA.
Artikel berkaitan: 4 Individu Terkenal Yang Mulakan Kerjaya Sebagai Atlet Sebelum Jadi Pelakon Hollywood
2. Ajak Shiro
Golongan pelawak juga merupakan antara selebriti yang berjaya walaupun kerja luar bidang. Ajak atau nama sebenarnya, Mohd Hanaffi Razak mula dikenali bila dia menyertai rancangan Raja Lawak dan Maharaja Lawak Mega bersama rakannya, Shahrol Shiro.
Walaupun bergelar sebagai comedian, korang jangan main-main dengan dia. Sebabnya, Ajak dulu pernah berkhidmat dalam Tentera Laut Diraja Malaysia. Namun, selepas tujuh tahun berkerja dalam bidang ketenteraan, dia meninggalkan kerjaya tu sebab nak cari kerja yang lebih lumayan untuk tampung keluarganya.
Kini, dia bergelar sebagai penyampai radio di stesen Suria FM di samping pernah membintangi beberapa filem dan drama tempatan.
3. Lisa Surihani
Tipulah kalau korang tak kenal dengan selebriti jelita ini. Datin Lisa Surihani Mohamed telah memulakan kerjayanya sebagai pelakon seawal usia 11 tahun menerusi iklan Ovaltine di televisyen. Sejak itu, banyak dah filem, drama dan anugerah yang dia menang sepanjang bergelar pelakon. Antara karya paling hit-nya ialah Istanbul Aku Datang! dan Suamiku, Encik Perfect 10!
Akan tetapi, latar belakang pendidikannya memang jauh beza apabila Lisa dulu pernah menjadi graduan Universiti Aberystwyth di Wales dalam bidang undang-undang.
Tak cukup dengan tu, dia juga banyak terlibat dalam program kebajikan dan kempen kesedaran sehingga dilantik menjadi Duta Muhibah UNICEF di Malaysia.
4. Syafiq Farhain
Bak kata pepatah, bapa borek anak rintik. Itulah peribahasa yang sesuai digambarkan dengan pemuda ni yang merupakan seorang penyanyi sama seperti bapanya, Allahyarham Saleem. Dari badannya yang tegap, korang boleh agak dia ni bekerja dalam bidang keselamatan.
Lebih tepat lagi, dia bekerja sebagai ahli bomba di Jabatan Bomba dan Penyelamat, Putrajaya. Namun begitu, kerjaya penyanyi hanya dilakukan sebagai ‘part-time‘ saja kerana dia sendiri masih sukakan tugasan bombanya.
Walaupun hanya separuh masa, dia telah muncul sebagai naib juara dalam pertandingan nyanyian Big Stage musim pertama.
Artikel berkaitan: Kerjaya 5 Selebriti Hollywood Ini Musnah Sekelip Mata Hanya Sebab Benda Ini…
5. Heliza Helmi
Ramai tak expect Heliza Helmi yang berperwatakan lemah-lembut dan sopan santun ini merupakan bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-5. Dia yang kini terkenal dengan bidang pengacaraan dan aktiviti kemanusiaan juga pernah berlakon dalam beberapa drama dan filem tempatan.
Akan tetapi, wanita yang digelar ‘beauty with brain‘ ini tak mengambil bidang yang berkaitan kerjayanya kini sebaliknya, dia merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains, Biologi dan Kimia dari Universiti Malaysia Sabah.
Walaupun begitu, dia sering dikagumi rakyat Malaysia kerana semangatnya yang kuat dalam membantu masyarakat terutamanya orang Islam di seluruh dunia.
6. Shamsul Ghau Ghau
Nama sebenarnya, Shamsul Azahar Aliddin telah dilahirkan di Perak pada 1 Mac 1968. Dia telah bergiat aktif dalam industri hiburan sejak tahun 1994 lagi. Bukan tu je, dia juga dikenali sebagai pelawak, pelakon, penyanyi dan juga pengacara di Malaysia.
Dulu, dia pernah berkhidmat sebagai anggota polis berpangkat konstabel pada 1990. Akan tetapi, minatnya dalam bidang seni lebih terserlah apabila dia menjuarai pertandingan Sinaran Pasport Kegemilangan pada musim pertama.
Sejak dari itu, kerjayanya sebagai pelakon makin berkembang dengan keterlibatannya dalam pelbagai drama dan filem tempatan seperti Senario The Movie dan Pi Mai Pi Mai Tang Tu.
7. Farah Nabilah
Farah Nabila juga merupakan selebriti yang bekerja di luar bidang. Zaman belajarnya, dia menceburi bidang psikologi di Universiti SEGi dan Universiti Upper Iowa di Amerika Syarikat.
Namun begitu, kerjaya sebagai pelakon kelihatan lebih sesuai dengannya apabila dia banyak membintangi drama tempatan yang melonjakkan namanya seperti Titian Cinta, Bukan Bidadari dan Mr. Grey.
Seperti Heliza, dia turut aktif dalam aktiviti kemanusiaan dan kemasyarakatan yang melibatkan kanak-kanak sehingga berjaya dilantik menjadi duta Asia Africa Development Relief Foundation (ADRF).
Sumber: Harian Metro, I AM LEJEN