in

“Tak sangka untuk beliau” – ‘Designer’ Beg Teruja Rekaan Digunakan Oleh PMX

syaz ft 2024 12 27T123110.977

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang berada dalam industri fesyen, ia merupakan penghargaan terbesar jika individu terkenal mengenakan rekaan mereka.

Seorang pereka beg tempatan berkongsi detik manisnya membuat satu rekaan khas untuk seorang individu yang tidak disangka.


Artikel berkaitan: PMX Bekukan Cuti Menteri Kabinet Berikutan Banjir Yang Melanda Negara

Artikel berkaitan: Penerbangan ‘Delay’ 1 Jam Gara-gara Penumpang Enggan Letak Beg Berjenama Mewah Di Bawah Kerusi

Kai Hung menerusi TikTok miliknya berkongsi, satu hari dia menerima satu tempahan khas daripada individu yang dikenalinya, dia juga diberikan kain songket serta saree dan diminta untuk membuat satu rekaan beg yang melambangkan Malaysia.

@kaihungofficial

Guess who this bag is for! I’ve been keeping this secret for a while now, but I can finally reveal it! I never imagined something like this would happen, and this is truly the most unforgettable moment of my career as a bag designer! #handmadebag #bag #bagdesigner #designerbag

♬ original sound – Kai Hung – Kai Hung

“Mulanya saya sangka beg itu adalah untuk dia (perempuan). Namun dia memaklumkan beg tersebut sebenarnya adalah untuk individu lain.

Seseorang yang identitinya dirahsiakan dari saya dan dia (individu dikenali) menjadi orang tengah.

Secara jujurnya saya tidak dapat meneka siapakah insan tersebut namun design (beg tangan) perlu memaparkan pelbagai budaya Malaysia,” katanya.

Alangkah terkejutnya Kai Hung apabila dia mengetahui individu terkenal yang dimaksudkan ialah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX).

Lebih manis lagi, beg rekaannya itu digunakan oleh PMX ketika membentangkan Belanjawan 2025 pada Oktober lalu.

Kai Hung yang berasal dari Pulau Pinang itu menyifatkan detik indah itu merupakan salah satu pencapaian terbesarnya sebagai seorang pereka beg.

Bangga weh!

Sumber: TikTok 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.