in

“Tak sangka itu ayat terakhir..” – Rakan Kongsi Video ‘Lambaian Terakhir’ Nur Farah Kartini

Farah 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Misteri kehilangan seorang bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini akhirnya terjawab semalam selepas dia ditemui meninggal dunia di ladang kelapa sawit di Hulu Selangor.

Sejak dilaporkan hilang sejak Rabu (10 Julai 2024), ramai rakan serta orang terdekat membuat hantaran di media sosial tentang kes itu dan salah seorangnya adalah rakan mangsa yang turut membuat hantaran di TikTok @yun.ahmd.


Muat naik video lambaian terakhir

Terbaharu, Yun berkongsi satu video pendek berdurasi 26 saat memperlihatkan arwah Nur Farah Kartini sedang melambai dia dan rakan-rakan di lapangan terbang. Arwah juga nampak ceria tersenyum sambil berjalan menuju ke pintu pelepasan.

Artikel berkaitan: Pihak UPSI Nak Tanggung Kos Hantar Jenazah Nur Farah Kartini Ke Sarawak

Artikel berkaitan: Kes Nur Farah Kartini: Polis Sahkan Suspek Sudah Berkhidmat 5 Tahun Dalam PDRM

Yun turut meluahkan rasa sedih di ruangan kapsyen namun reda dengan pemergian Nur Farah Kartini.

Kepulangan yang kami nantikan tapi Allah lebih sayang Farah untuk kembali kepada-Nya. Tak percaya itu ayat terakhir Farah untuk kami. Bye Donny, bye Nani, bye Yuni, jumpa lagi. Sayang korang. 

Kami pun sayang kau Farah! Tapi Allah lebih sayang kau. Semoga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, tunggu kami di sana. Al-Fatihah.

@yun.ahmd

Kepulangan yang kami nantikan tapi Allah lebih sayang farah untuk kembali kepada-Nya. Can’t believe that was your last word for us🥺🥺🥺. Bye Donny, bye Nani, bye Yuni, jumpa gik, SAYANG torang🫶🏻🫶🏻🫶🏻🤍🤍🤍. Kamek orang pun SAYANG kau lalu² FARAH!!!!🤍🤍🤍🤍🤍 Tapi Allah lebih SAYANG kau. Semoga ditempatkan di dalam kalangan orang yang beriman, tunggu kamek org kt sinun k🥺🥺🥺🫶🏻🫶🏻🫶🏻🫶🏻. Al-fatihah🤲🏻🥺 #foryoupage #tanjungmalim #fyppppppppppppppppppppppp #tanjungmalim #viral @ఇ ◝‿◜ ఇ @DAS @Iamfaa✨

♬ Kemarin – Seventeen

Video tersebut telah mendapat perhatian netizen yang sama-sama berkongsi rasa sedih dengan pemergian wanita berusia 25 tahun itu. Mereka turut mendoakan keluarga arwah agar diberikan kekuatan.

Farah 1 Farah 2

Terdahulu, seorang lelaki yang merupakan anggota polis telah ditangkap bagi membantu siasatan serta tahanan reman. Suspek juga merupakan anggota berpangkat Lans Koperal di Balai Polis Slim River di Tanjung Malim.

Allahu.. sebak tengok video tu..

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.