in

“Tak sangka ada banyak” – Ini 5 Negara Yang Masih ‘Bertarung’ Untuk Capai Kemerdekaan Sehingga Sekarang

Collage 35

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang tahu, tak lama lagi kita bakal menyambut Hari Kebangsaan Malaysia. Sedar tak sedar dah 67 tahun negara kita mencapai kemerdekaan kan?

Seperti Malaysia, banyak negara lain yang telah mencapai kemerdekaan selama berdekad-dekat. Pun begitu, terdapat beberapa wilayah di seluruh dunia yang masih berjuang untuk kemerdekaan. Jadi pada artikel kali ini, kita akan tengok beberapa kawasan yang sehingga hari ini masih berjuang untuk kebebasan. Jom tengok!


Artikel berkaitan: 4 Negara Yang Hadapi Krisis Kewangan Besar Lepas Anjur Olimpik

Artikel berkaitan: Pos Malaysia Lancar Setem Khas ‘Palestin Merdeka’, Mula Dijual 18 Januari 2024

1. Catalonia

Spain Catalonia Girona

Catalonia, yang terletak di timur laut Sepanyol, merupakan rumah kepada kira-kira 7.5 juta orang dan mempunyai bahasa serta budaya mereka tersendiri.

Wilayah ini mempunyai sejarah panjang dalam usaha mendapatkan autonomi yang lebih besar daripada Sepanyol. Selain itu, gerakan kemerdekaan mereka juga semakin mendapat momentum dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Situasi ini memuncak pada tahun 2017 apabila Catalonia mengadakan referendum untuk kemerdekaan, yang telah diisytiharkan tidak sah oleh kerajaan Sepanyol.

Walaupun terdapat sentimen pro-kemerdekaan yang kuat di kalangan ramai rakyat Catalonia, kerajaan Sepanyol terus menolak sebarang usaha ke arah kemerdekaan penuh, menyebabkan pertempuran politik dan undang-undang yang berterusan.

2. Kurdistan

Shutterstock 1448021189 807X455 C

Kurdistan adalah sebuah wilayah yang merangkumi sebahagian daripada Turki, Iraq, Syria, dan Iran. Ia didiami oleh kira-kira 30 juta orang Kurdi, menjadikannya salah satu kumpulan etnik terbesar di dunia tanpa negara sendiri.

Orang Kurdi telah berusaha mendapatkan kemerdekaan selama beberapa dekad, terutamanya di Iraq, di mana mereka telah menubuhkan wilayah autonomi selepas Perang Teluk.

Pada tahun 2017, Kerajaan Wilayah Kurdi mengadakan referendum di Iraq yang menyokong kemerdekaan dengan majoriti besar. Walau bagaimanapun, kerajaan Iraq dan negara jiran, terutamanya Turki dan Iran, menolak keputusan tersebut, menyebabkan gerakan kemerdekaan Kurdi mendapat tentangan yang lebih ketara.

3. Sahara Barat

Western Sahara Siemens Protest

Sahara Barat, wilayah di barat laut Afrika, mempunyai populasi kira-kira 600,000 orang dan telah menghadapi konflik yang berlarutan untuk jangka masa yang lama.

Orang Sahrawi asli, yang diwakili oleh Front Polisario, telah berjuang untuk kemerdekaan menentang Maghribi, dan menuntut wilayah itu untuk menjadi milik mereka.

Gencatan senjata telah dicapai pada tahun 1991, tetapi referendum yang dirancang untuk kemerdekaan telah berulang kali ditangguhkan, menyebabkan konflik ini masih tak selesai.

Front Polisario terus mencari kemerdekaan penuh, manakala Maghribi menawarkan autonomi dalam kerajaannya, tetapi masih belum menemui kata sepakat.

4. Tibet

Thediplomat Students For A Free Tibet Protesters Marched To Lafayette Park From The Chinese Embassy In D.c. 自由西藏學生運動抗議者於美國華府從中國大使館遊行至拉法葉公園

Tibet yang terletak di Asia Tengah ini merupakan rumah kepada 3 juta penduduk. Kalau korang nak tahu, Tibet sebelum ini telah pun mendapat kemerdekaan tapi pada tahun 1950 ia telah dijadikan sebagai sebuah wilayah oleh China.

Pada tahun 1959, pemimpin spiritual Tibet, Dalai Lama telah melarikan diri ke India selepas gagal memberontak menentang pemerintahan China. Sejak itu, Tibet telah memperjuangkan autonomi yang lebih besar atau kemerdekaan penuh.

Namun, Beijing menganggap Tibet sebagai sebahagian daripada China dan mengekalkan kawalan ketat ke atas wilayah itu. Walaupun terdapat sokongan antarabangsa yang meluas untuk autonomi budaya dan agama Tibet, hanya sedikit sahaja kemajuan telah dicapai untuk kemerdekaan dan situasi di sana masih lagi tegang.

5. Palestin

Main Image50260 8Gcaccpswz 1000X668 1

Palestin, dengan populasi kira-kira 5 juta orang, terletak di Timur Tengah dan telah diduduki oleh Israel sejak 1967.

Konflik Israel-Palestin merupakan salah satu perjuangan untuk kemerdekaan yang paling berpanjangan dan penuh dengan pertikaian dalam sejarah moden.

Rakyat Palestin berusaha untuk menubuhkan negara merdeka di Tebing Barat, Semenanjung Gaza, dan Baitulmaqdis Timur, tetapi banyak usaha damai dan beberapa pengiktirafan antarabangsa telah dilakukan untuk kedaulatan negara Palestin, tapi mereka masih belum mendapat kemerdekaan di negara sendiri.

Kini, walaupun rakyat Palestin setiap hari diserang oleh Israel, mereka masih tak berputus asa untuk mendapatkan semula tanah mereka yang telah diambil oleh Israel.

Sumber: newint, Al-Jazeera, trips@asia, The Economist, ISS

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.