Selalunya apabila berlaku kemalangan jalan raya, pasti akan ada pertelingkahan antara pemandu yang terlibat.
Namun, berbeza pula dengan kes kemalangan jalan raya yang dikongsikan di media sosial ini.
Satu rakaman video dashcam kemalangan jalan raya yang dimuat naik oleh pengguna Twitter ini telah mencuri perhatian netizen apabila seorang wanita selesaikan kes kemalangan yang dihadapinya tidak sampai seminit.
Kes terus selesai. pic.twitter.com/6aKdvJLFwy
— Jalal Misai (@jllmisai) March 23, 2023
Dapat dilihat pengguna dahscam ini dalam perjalanan mahu membelok ke kanan di persimpangan jalan. Menerusi video itu juga, sebuah Perodua Myvi biru yang berada di laluan tengah memberikan lampu signal untuk membelok ke kanan.
Apabila kenderaan pengguna dashcam ini menghampiri Myvi terbabit, secara tiba-tiba kereta itu masuk ke lorong kanan dan menyebabkan dua kenderaan ini berlanggar.
Wanita itu mengeluh apabila menyedari telah melanggar Myvi biru terbabit. Kemudian dia membuka tingkap dan mencadangkan untuk menyelesaikan kemalangan itu dengan baik.
“Tak apalah, claim insurans I jela. Nak pullover kat mana?” kata wanita itu.
Rata-rata netizen memuji atas tindakan spontan wanita itu yang tidak membawa kes kemalangan yang berlaku berlarutan sehingga boleh menganggu aliran trafik.
Dalam pada itu, netizen juga menegur tindakan pengguna Myvi yang menukar lorong tanpa memastikan laluan tersebut selamat atau tidak. Sementara yang lain menegur pemilik dashcam yang tidak fokus dengan situasi sehingga tercetus kemalangan kecil itu.
Baca: Kes Treler Gilis Murid 9 Tahun : Saksi Kongsi Rakaman ‘Dashcam’ Kejadian