Walaupun bermacam-macam reaksi tentang makanan yang mereka beli, masih ramai yang memilih untuk pergi ke bazar untuk menjamu selera sempena buka puasa. Maklumlah, ada yang sibuk bekerja, tak sempat nak buat tempahan atau nak masak.
Dalam berpuasa dengan cuaca yang panas ini, seorang penjual di bazar telah memutuskan untuk beri keutamaan kepada pelanggan yang hamil.
Artikel berkaitan : Bukan Kes Pertama, Pegawai Polis Langgar Pelajar Didakwa Pernah Pukul Wanita Hamil Di Kedai Pakaian?
Artikel berkaitan : Peniaga Jual ‘Roti Pocong’ Dekat Bazar, Tapi Netizen Lagi Gerun Tengok Harga
Menerusi Wau Post, peniaga Nasi Briyani yang telah memulakan perniagaannya di bazar yang bertempat di Taman Melawati sejak awal Ramadan ini mengatakan niat murninya itu tercetus selepas melihat ada pelanggan mengandung beratur ketika panas terik untuk beli makanan.
@nasibriyanikukuspadu Pregnant tak perlu beratur ye just masuk dalam lpstu cakap je pregnant kiteorng terus serve☺️☺️☺️ #briyani #jarangtakpadu #nasibriyani #lambshank #ramadan #food #nasiberiani #bazaar #makan #ramadhan #beriani
♬ original sound – Nasi Briyani Kukus Padu – Nasi Briyani Kukus Padu
Di samping itu, peniaga yang dikenali sebagai Faisal ini juga memutuskan untuk menawarkan mereka makanan percuma. Jelasnya dia akan terus menetapkan polisi ini sepanjang berniaga di bazar tersebut.
Dengan sikap mulianya ini, ramai yang memuji peniaga dan ada juga memuji hasil jualan daripada Faisal ini. Semoga Faisal murah rezeki dan urusan sentiasa dipermudahkan.
Sumber : Wau Post