in

“Tak sabar dengar hey what’s up guys” – Netizen Teruja Bila Khairulaming Mula Tweet Countdown Puasa 2022

ft khairulaming

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tahun 2021 bakal melabuhkan tirai dalam masa beberapa hari lagi, salah satu waktu yang umat islam tidak sabar menunggunya adalah waktu Ramadhan yang jatuh pada bulan April nanti.

Buat masa ni ketepikan pasal vibe pandemik dan waktu-waktu yang korang dah ‘burn’ sepanjang tahun ni tu.


Vibe-vibe bulan Ramadhan 2022 ini mula dirasai selepas  ada seorang ‘otai’ yang jadi autofamous masa bulan puasa ni mula buat countdown, korang tahu siapa kan?

 

100 hari lagi – Khairulaming

Seperti yang kita sedia maklum, waktu ini lah kita akan banyak beramal serta mula ‘ushar’ menu masakan. Sementara nak tunggu waktu buka, pasti korang akan tunggu otai masakan kita Khairulaming punya post kan?

Dialah yang memberikan inspirasi menu juadah berbuka puasa untuk rakyat Malaysia dan segala perkongsian yang dimut naik beberapa jam sebelum buka puasa ini pasti buatkan orang ramai terliur.

Tak sampai 3 jam tweet itu dimuat naik, ia telah meraih hampir 10K jumlah retweets, dan ramai netizen mula teruja untuk menunggu resepi-resepi juadah buka puasa yang Khairulaming bakal kongsikan.

Selain juadah, rata-rata ternanti-nanti tagline Khairulaming disetiap pembukaan video masakannya di Instagram itu.  Malah, seperti yang dikatakan tadi, ramai juga yang mula rindu suasana berpuasa nanti.

 

“Hey whats up guys” sambil telan air liur – Netizen

khairulaming khairulaming2 khairulaming3 khairulaming4 khairulaming5 khairulaming6

Dalam pada itu, ramai yang berdoa agar tahun depan mereka dapat meraikan Ramadhan dan Aidilfitri bersama keluarga tercinta, memandangkan sudah 2 tahun rakyat Malaysia tidak meraikannya akibat pandemik Covid-19 ini.

 

Baca : “Produk di review pasti sold out” -Netizen Puji Cara Khairulaming Bantu ‘Local Seller’ Ketika Pandemik

ft khairulaming beli review produk sold out 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.