in

“Tak rakam, kata fitnah. Korang nak apa?” – Caprice ‘Sekolahkan’ Netizen Tanya Soalan Tak Bijak

caprice sekolahkan netizen kenapa rakam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Aktivis sosial dan penyanyi rap, Caprice yang sering membangkitkan isu semasa menyelar segelintir netizen yang beranggapan perbuatan merakam video kerana menjadi mangsa gangguan seksual adalah cara murahan untuk mendapat perhatian di media sosial.

Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, menyarankan mana-mana individu yang berdepan gangguan seksual agar mengumpul segala bukti termasuk merakam video untuk dibawa ke muka pengadilan.


“Ramai tanya soalan bodoh ‘kenapa nak rakam?’. Mai saya jawab, sebab 99.9 peratus kes gangguan seksual akan jadi NFA (Tiada Tindakan Lanjut) apabila tiada bukti,” katanya.

Artikel berkaitan: “Tangan mengus*p paha saya” – Lelaki Dedah ‘Diganggu’ Trainer Berpangkat Doktor Ketika Tidur Dalam Bas

Artikel berkaitan: Suami Minta Tolong Caprice Dedah Individu Bergelar ‘Ustaz’ Hantar Video Luc*h Kepada Isteri

Jelasnya lagi, rakaman adalah bukti yang paling kukuh apabila kes dibawa ke pihak berkuasa.

“Jadinya, pelaku akan bebas dan cari mangsa lain. Jadi tolong jangan tanya kepada saya soalan bodoh kenapa perlu rakam.

“Tak rakam nanti kata fitnah, bila rakam soal pula kenapa nak rakam. Korang nak apa sebenarnya?”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Justeru, Caprice sekali lagi menasihati individu yang merasakan dirinya dalam bahaya untuk merakam sebanyak mana yang mampu.

Difahamkan, Caprice tampil bersuara ekoran tular satu rakaman melibatkan kes gangguan seksual terhadap seorang pelajar wanita yang berlaku di dalam bas ekspres ketika perjalanan dari Kuala Lumpur ke terminal bas Melaka Sentral.

Pelajar universiti berusia 19 tahun itu dicabul warga asing semasa hendak pulang dari kolejnya dan suspek yang bekerja sebagai tukang cuci di Melaka telah ditahan polis di Melaka Sentral pada hari sama.

Sumber: Instagram, Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.