in

Tak Puas Hati Punya Pasal, Pelajar 17 Tahun Kena Pukul Sebab ‘Ejek’ Senior Dekat Sekolah!

Senior Buli

Baru-baru ini, seorang remaja dilaporkan membunuh diri kerana tidak tahan dibuli dan dipaksa untuk sertai ‘geng rahsia’ oleh rakan sekelasnya. Kali ini, seorang pelajar berusia 17 tahun dibuli di mana dia telah dipukul dengan teruk oleh tiga lelaki di sebuah kedai. 

Menurut laporan, kejadian itu berlaku di Johor Bahru dan tiga lelaki yang menyerangnya itu memakai topeng muka disyaki pelajar senior di sekolah. Melalui rakaman CCTV, mereka dilihat menggunakan batang kayu dan memukul mangsa berkali-kali.

Difahamkan, mangsa dipukul oleh mereka kerana ‘mengejek’ pelajar-pelajar senior di sekolah. Malah, dia pernah diberi amaran untuk ‘berhati-hati jika di luar (sekolah)’ sebelum berlakunya serangan ini.

 Buli1

Buli2

Akibat serangan itu, mangsa mengalami kecederaan teruk di bahagian lengan, kepala , belakang badan serta patah jari tengah tangan kirinya. Disebabkan itu, dia terpaksa menjalani pembedahan di mana plat logam dimasukkan ke dalam jari yang retak untuk proses penyembuhan.

Buli3

Difahamkan, mangsa telah dikeluarkan dari hospital selepas keadaannya dipantau dan dilaporkan stabil selepas pembedahan itu selesai.

Baca: “Baru sekarang nak menyesal?!” – Pelajar Bunuh Diri Sebab Kena Paksa Masuk ‘Geng Rahsia’, 2 Pembuli Datang Minta Maaf

Gambo

Sumber: Sin Che