Isu mengenai kehadiran band terkenal Coldplay kini menjadi isu apabila ada pihak mula menentang kehadiran mereka, salah satu asbab yang ia membuatkan mereka ini kurang senang adalah apabila band tersebut dilihat menyokong LGBT.
Susulan itu, tular satu rakaman video agamawan dari negara jiran yang mengulas isu ini, bagi mereka tidak salah jika Coldplay melakukan konsert di negara Islam kerana peminat-peminatnya lebih cederung ke arah muzik, bukan personalitinya.
Hanya meminati lagu, bukan personaliti
Dalam video tersebut, individu ini tidak menafikan bahawa Coldplay pernah menyatakan bahawa mereka menyokong LGBT, tetapi baginya itu adalah ideologi peribadinya.
“Yang penting tidak ada promosi dan kempen promosi LGBT dalam lirik dan muzik lagu Coldplay, orang yang tonton konsertnya itu kerana ingin menikmati muziknya, bukannya bererti setuju dengan pandangan personalnya. Misalnya saya datang menonton Coldplay, adakah itu ertinya saya sokong LGBT? Tentu sahaja tidak!”
Jelasnya ketika mengulas isu konsert LGBT di Indonesia, cukup hanya sekadar menetapkan syarat untuk tidak mempromosikan LGBT, misalnya kibarkan bendera pelangi, tidak boleh pakai sesuatu yang menunjukkan tema pelangi (simbolik LGBT) di pakaiannya.
— Anas ? (@anas4fifi) May 18, 2023
Kenyataan yang diberikan itu telah mendapat sokongan netizen dan anggap bahawa apa yang disampaikan ini adalah satu kematangan dalam beragama.
Hujah lawan yg baik untuk mereka yg menentang coldplay kerana LGBT – Netizen
Kalau kita amati, mungkin pihak-pihak tertentu dah tahu kenapa mereka ‘lepaskan’ artis-artis luar negara ini melakukan konsert di negara Islam sebab ada sahaja artis yang jarang ada kontroversi tapi tak lepas masuk Malaysia dan negara-negara tertentu, Boleh tengok balik kat bawah ni.
Baca : 6 Selebriti Hollywood Yang Kena Banned Dari Negara Luar, 2 Artis Ini Takkan Masuk Malaysia!