Semalam (pada Ahad), ribuan rakyat Malaysia turun ke Dataran Merdeka untuk bersolidariti menunjukkan sokongan terhadap rakyat Palestin yang kini diancam peperangan.
Perhimpunan tersebut bukan sahaja dihadiri oleh mereka yang beragama Islam, namun pelbagai bangsa dan agama juga turut turun padang bagi melaungkan sokongan membebaskan Palestin dari rejim Zionis.
Artikel berkaitan: Peserta Himpunan Solidarity Palestine Di Dataran Merdeka Yang Bawa Sepanduk Kutuk Netanyahu Digelar Zionis?
Artikel berkaitan: Aktivis Alam Sekitar Sweden, Greta Thunberg Umum Sokong Palestin Secara Terbuka
“Kita menentang kezaliman”
Kehadiran seorang lelaki berbangsa India yang tular di TikTok telah menarik perhatian netizen yang terharu dengan sokongan yang diberikannya dalam perhimpunan itu.
Menerusi video berkenaan, lelaki India tersebut dilihat mengangkat plakad bertulis #IsraelCuak dan Freedom Palestine.
Boikot dan menentang negara yang sokong Israel iaitu Amerika Syarikat, Britain dan India juga.
“Kenapa India? Sebab dia menyokong kezaliman. Kita menentang kezaliman. Inilah Malaysia… Tak perlu thank you,” katanya.
https://www.tiktok.com/@aiisyahazis/video/7292664546886454529?_r=1&_t=8gjooHca8ob
“Dia bercakap dari hati yang tulus ikhlas menyokong Palestine”
Video berkenaan telah mendapat pelbagai respon positif dari netizen yang salute dengan sokongan yang ditunjukkan uncle berkenaan terhadap Palestin.
Meskipun berbeza agama dan bangsa, ia tidak menghalang seseorang itu menunjukkan rasa simpatinya terhadap mereka yang tertindas dengan kezaliman.
Rasa terharu sangat dengan sokongan yang rakyat Malaysia berikan kepada Palestin. Tak kiralah bangsa dan agama, kita semua tolak kezaliman!
Sumber: TikTok