in

“Tak perlu kot mulut tu memandai” – Uqasha Senrose Jawab Tuduhan Bergambar Terlalu Rapat Dengan UAI

Uai Uqasha Senrose

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Laman Instagram pelakon jelita Uqasha Senrose tiba-tiba diserang netizen berhubung sebuah foto yang dimuat naik bersama pendakwah popular Ustaz Azhar Idrus.

Menerusi perkongsian foto itu, Uqasha menyatakan dia sangat meminati cara Ustaz Azhar memberi ceramah dan menerima banyak ilmu ketika menghadiri majlis agama tersebut.


Walaupun sekadar berkongsi kegembiraannya bersama Ustaz Azhar, isteri kepada pelakon Kamal Adli ini tidak terlepas daripada komen negatif netizen.

Artikel berkaitan: Didakwa Jadi Punca Kematian ‘Mangsa Buli’, Uqasha Bertekak Dengan Rakan Arwah

Artikel berkaitan: Ustaz Azhar Idrus Jawab Hukum Santau Perdana Menteri Israel

Netizen mendakwa Uqasha yang lengkap bertudung dan menyarung jubah berwarna krim berada terlalu dekat dengan Ustaz Azhar ketika bergmabar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)


Melihat teguran itu, Uqasha tampil menjelaskan situasi sebenar. Katanya, sudut gambar yang dirakamkan ketika itu sebenarnya secara tidak langsung menampakkan kedudukan mereka seperti yang didakwa netizen.

“Orang kanan kiri tolak tolak jadi lah tak balance kami berdua ya Allah hai.

“Tak perlu kot mulut tu memandai kalau tak ada dekat tempat tu. Angle dan sisi awak tengok tu nampak macam tu. Saya tahu batas saya ya,” jawab Uqasha.

Malah, Kamal Adli turut mengulas situasi berkenaan mengatakan dia sendiri akan menegur jika terlihat isterinya terlalu rapat dengan pendakwah berkenaan.

“Sabar yang lain. Kalau rapat sangat saya yang tegur siap-siap dah. Itu camera angle saja. Jangan mudah nak menaip tu ye. Kalau rapat sangat pun lari dah ustaz tu. Dah laa cukup laa korang,” katanya.

Dalam pada itu, Uqasha turut memuat naik hantaran lain daripada sudut berbeza yang menampakkan perbezaan jarak antaranya dan Ustaz Azhar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

“Ini dari sisi lain, tak nak orang fitnah cakap saya nak rapat tak tentu pasal. Haih macamlah manusia ni,” tulisnya.

Bertabahlah Uqasha, tak mampu nak puaskan hati semua orang.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.