Nampaknya gambaran yang didedahkan adik penyanyi bernama Syada Amzah, seolah-olah rumah yang didiaminya bersama keluarga bakal dijual telah ditegur oleh kakaknya, Shila Amzah.
Semalam, Syada meluahkan rasa terkejut apabila ada individu yang tidak dikenali mahu melihat rumah itu dan mendakwa mereka seakan diperlakukan seperti haiwan jalanan.
Artikel berkaitan: “Rasa macam haiwan strays. Dah kena buang, kena halau lagi” -Syada Amzah
Susulan itu, Shila memuat naik satu hantaran di Instagram Story dengan berkata hal keluarga tidak perlu dihebohkan di media sosial sehingga menjadi perhatian ramai.
“Simpan masalah dalam keluarga sahaja,” tulisnya.
Dia juga memohon adiknya menyimpan kemas hal membabitkan keluarga tanpa perlu mengejar sensasi dan populariti.
“Jangan kejar tajuk berita untuk mendapatkan populariti semata-mata,” tulisnya lagi tanpa menyebut nama.
Dalam satu sesi live yang dimuat naik di YouTube, isteri kepada infuencer media sosial, Ubai menjelaskan kenapa rumah tersebut akan dijual.
Katanya, rumah tersebut terlalu besar iaitu dengan keluasan 9,000 kaki persegi dan hanya didiami ibunya, Syada, Syafiq dan Syahir serta Icha.
Dia kini mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga selepas ibu bapanya bercerai meskipun memiliki keluarga sendiri.
“Bila ibu bapa kita bercerai, rumah itu ada kenangan tak best. Memandangkan rumah itu saya punya (rumah yang keluarga duduk). Rumah tu sangat besar dorang tak dapat nak jaga bil apa semua,” katanya.
Difahamkan, dia mahu mencari rumah baharu yang lebih selesa untuk ibu serta adik-beradik lain berteduh.
Harap tak berpanjanganlah isu adik-beradik ni…