in

“Tak pening ke?” – Pemuda ‘Marathon’ 42 KM Dalam Bilik Hotel Masa Tengah Kuarantin

4 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tempoh kuarantin kendiri biasanya akan menjadi satu masa yang sedikit membosankan bagi sesetengah orang kerana mereka tidak bebas ke mana-mana. Jadi, lain orang ada cara yang berbeza untuk hilangkan rasa bosan sepanjang tempoh itu.

Baru-baru ini, tular di Twitter berkenaan seorang pemuda melakukan larian marathon hingga mencapai jarak 42 kilometer di bilik hotelnya.


Melalui klip 40 saat itu, lelaki tersebut dilihat berlari secara perlahan hanya melalui ruang antara dua sisi katilnya. Ini menunjukkan bahawa dia tidak mempunyai ruang yang besar untuk melakukan sebarang aktiviti larian.

Walau bagaimanapun, perkara itu bukanlah satu halangan untuk lelaki tersebut berlari selama 4 jam setengah. Seperti kenyataannya pada ciapan lain, televisyen di bilik itu sampai habis tayangkan 2 buah filem yang berbeza sebelum dia menghabiskan larian.

3 6

Dikenali dengan nama pengguna @SSSKaptenPisang, lelaki ini dikatakan menetap di bilik hotel tersebut sebagai salah satu prosedur kuarantin kendiri. Namun, ia tidak menjadi alasan baginya untuk meneruskan aktiviti fizikal dan mengekalkan gaya hidup sihat.

Tempoh dan jarak larian lelaki itu dikira menggunakan jam tangan sukan yang dipakainya. Untuk mengelakkan dari kakinya melecet, dia turut memakai stokin sebagai langkah keselamatan.

Di bahagian komen, kebanyakkan pengguna lain ingin tahu jika pemuda tersebut berasa pening atau tidak ketika melakukan larian tersebut. Ini kerana larian pada tempat yang sama secara berulang-alik biasanya akan menjadikan seseorang sakit kepala.

2 6

Ada juga netizen sempat berseloroh, risau jika penghuni hotel di tingkat bawah menyangka ada makhluk halus menetap di atas.

4 66 4

Tak ada alasan dari abang ni untuk dia berhenti lari. Korang tak nak cuba kat rumah ke?

Sumber: Twitter

Baca: [VIDEO] Buat Hal! Adik-Adik Merajuk Phone Kena Rampas, Sanggup ‘Lari Rumah’ Pukul 5 Pagi

5 6 1

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.