in

Tak Peduli Risiko COVID-19, Ribuan Penunjuk Perasaan Banjiri White House Demi George Floyd

Untitled Collage 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dah nak masuk hampir dua minggu rupanya Amerika Syarikat berada dalam keadaan tidak menentu ketika ini, semuanya dicetuskan oleh kematian seorang lelaki berkulit hitam bernama George Floyd pada 25 Mei lalu — akibat kekejaman polis dalam satu insiden di Minneapolis.

Rusuhan dan looting di beberapa lokasi dilapor masih berlaku.


Namun di tengah-tengah Washington DC, DailyMail melaporkan pusat pentadbiran White House sedang dibanjiri puluhan ribu penunjuk perasaan — yang berarak menuntut keadilan ke atas George Floyd, selain mendesak police brutality dan kebencian perkauman dihentikan segera.

Washington Post pula melaporkan, seluruh perimiter White House dikawal ketat anggota keselamatan dan kini umpama ‘kubu perang’ apabila pagar hitam setinggi 9 kaki didirikan di sekeliling bangunan itu.

https://twitter.com/Casey/status/1269473032201842695

Lebih membimbangkan, agenda protes ini nampaknya lebih penting untuk diperjuangkan — meskipun penularan pandemik COVID-19 masih belum reda di Amerika Syarikat. CNN sendiri ada terbitkan laporan tentang isu ini.

Bagi pakar kesihatan pula, sudah tentulah situasi tersebut menimbulkan kebimbangan mengenai risiko penularan COVID-19 lebih meluas dalam kalangan penunjuk perasaan, dan kemungkinan munculnya pula ‘kluster Floyd’ selepas ini.

Dan dalam banyak-banyak tweet yang dikongsikan dalam Twitter mengenai himpunan besar-besaran di Washington ketika ini, ada satu yang mencuri tumpuan ramai.

Betul ke small crowd? 

 

Baca: “Daripada bash aku, apa kata terima kasih kat aku” – Dituduh Curi Perhatian, Remaja Rakam George Floyd Alami Trauma Teruk

Capture 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.