in

“Tak payah nak idolakan poligami” – Lelaki Kongsi Kisah Ibunya Pasal ‘Realiti Duka’ Berkongsi Suami

Feature 3 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap wanita mengimpikan perkahwinan yang bahagia. Tiada wanita yang mahu diduakan oleh suami sendiri. Namun, kadang-kala ujian datang kepada orang yang kuat dan sabar.

Seperti yang diceritakan oleh Akim Zaki di Twitter, ibunya merupakan isteri pertama dan telah dimadukan oleh ayahnya. Walaupun ibunya lebih muda dan telah bersama dengan bapanya ketika susah dan senang, ayahnya lebih mengutamakan isteri kedua.


Poligami ni susah kalau tidak berlaku adil. 

Selain itu, Akim juga mengatakan bahawa ini berlaku disebabkan isteri kedua tersebut merupakan cinta pertama ayahnya. Perkahwinan kedua ayahnya berlaku selepas dua tahun berkahwin dengan ibunya. Allahu.

Poligami 6

Dia juga berkongsi bahawa isteri pertama selalu dijadikan pilihan kedua dalam semua perkara. Isteri pertama hanya akan dicari ketika susah manakala ketika senang, semua perkara nak buat bersama isteri kedua. Mana aci macam ni. 

Fikir lah habis habis, jangan lah menggunakan card “poligami adalah sunnah” semata mata hanya untuk membenarkan nafsu awak

Lelaki ini juga berpesan supaya lelaki yang berniat untuk memperisterikan lebih daripada seorang wanita untuk fikirkan tentang kesan-kesan poligami terutamanya terhadap anak-anak.

Poligami 1

 

Rata-rata netizen yang lain turut berkongsi pengalaman mereka apabila melihat ibu masing-masing diduakan.

Poligami 5 1

Admin doakan semoga Allah berikan yang terbaik kepada kita semua.

 

Baca: “TAK PAYAH POLIGAMI” – Lelaki Lebih Ramai Dari Perempuan, Netizen ‘Warning’ Jangan Kebas Laki Orang

Poligami

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.