in

Tak Payah Jadi ‘Kak Long Viral’ Pun Boleh Buat Review Berbayar, Ini Caranya…

Partipost Kak Long Viral 1

Tak dinafikan, zaman sekarang ni ada macam-macam cara yang orang gunakan untuk meraih populariti. Ada yang sanggup melakukan perkara yang tak tercapai dek akal dengan harapan ianya akan menjadi ‘viral’ contohnya kes ‘gaduh’ pelakon popular di set dan ada juga yang meraih populariti selepas kes mereka viral di media sosial, macam kes ‘Kak Long’ baru-baru ni. 

Bagi sesuatu perniagaan,mereka akan cuba gunakan apa sahaja peluang dan cara untuk mengetengahkan jenama diorang. Secara tak langsung, ini akan meningkatkan jualan, selain membuatkan ramai sedar akan keberadaan produk mereka di pasaran.

Selain pengiklanan secara tradisional iaitu melalui iklan di televisyen, radio dan sebagainya, pengiklanan boleh juga dilakukan menerusi media sosial seperti Facebook, Instagram, YouTube dan terkini menerusi TikTok.

good faces Lv2lW5ImegQ unsplash 1

Dikenali sebagai pempengaruh media sosial atau influencer, golongan ini biasanya mempunyai pengikut yang ramai, dan secara tak langsung mempunyai ‘kuasa’ untuk mempengaruh pengikut-pengikut mereka. Justeru, banyak jenama akan mengupah mereka untuk ‘mempromosi’ produk di pelbagai platform media sosial.

Tapi, korang tahu tak sebenarnya korang tak perlu tunggu ‘viral’ macam kes baru-baru ni pun untuk jadi ‘influencer’ dan dibayar untuk promosikan apa-apa produk dekat mana-mana platform sosial media korang.

“Snap,post,dapat bayaran”

Partipost

Kalau korang nak buat ‘duit tepi’ dan jana pendapatan sampingan menerusi posting di media sosial dengan mudah, min sarankan korang try tengok aplikasi yang belum ramai lagi tahu ni iaitu ‘Partipost’!

Senang je nak ‘buat duit’ dengan Partipost ni sebenarnya. Korang hanya perlu daftar, lepastu isikan maklumat peribadi dan maklumat berkenaan platform sosial media korang macam Facebook, Instagram, Twitter dan TikTok.

Paling best, korang berpeluang untuk bekerjasama dengan Grab, Charles & Keith, Swisse, Adidas, St Ives atau jenama-jenama besar lain. Kalau korang nak tahu, Partipost juga merupakan syarikat influencer yang berkembang dengan pesat di Asia Tenggara dengan 600,000 pengikut di Singapura, Taiwan, Indonesia, Filipina juga. 

Jadi, tak ada isu ‘scam’ seperti tanggapan sesetengah orang yang kononnya mereka tidak mendapat bayaran dan sebagainya. 

Kemudian, korang pilih la kempen yang disenaraikan oleh jenama-jenama yang terlibat contohnya Grab, Inside Scoop, Giordano dan banyak lagi!

Ini Antara Kempen Yang Menarik Untuk Korang Join :

1) Snap.Post.Earn dengan Partipost! (Pengguna baharu boleh try kempen ini dahulu!)Snap.Post .Earn with Partipost

Buat 1x IG post & 1x IG story untuk berkongsi tentang Partipost &dapatkan sehingga RM8!

2) Beli dan Review St. Ives Rose Scrub (Terbuka untuk profil lelaki & perempuan) 

St Ives

Beli 1x St. Ives Rose Scrub daripada Watsons & tulis ulasan di laman web Watson & laman web rasmi St. Ives & peroleh sehingga RM38!

3) Raikan Raya ini dengan Inside Scoop (Pencinta aiskrim jangan ketinggalan!)

Inside Scoop

Belanja minimum RM35 untuk rangkaian aiskrim dan wafel Inside Scoop Raya & buat 1x Instagram Reels & peroleh sehingga RM115!

Paling best, korang tak perlu ada ribu-ribu followers pun, cukup sekadar kalau ada 200 orang  dah boleh join dah!

Jom tengok apa kata diorang yang sertai dah berjaya ‘buat duit’ dengan Partipost ni :

“Saya ketagih dengan aplikasi Partipost! Saya boleh menerima beg & kasut percuma daripada menyertai kempen Charles & Keith melalui Partipost. Partipost menjadikan pendapatan sampingan begitu mudah untuk pelajar seperti saya.” – Careme Lim, 21, Pelajar.

“Saya dapat mempromosikan makanan tempatan dari tempat saya menerusi  GrabFood! Partipost sentiasa ada kempen baharu & menarik untuk disertai jadi saya sangat suka menggunakannya”Imran Arshad,23, Atlet.

“Aplikasi yang boleh dipercayai dan sangat mudah untuk digunakan! Peroleh  pendapatan dengan hanya merakam foto & upload di media sosial, best betul!” – Harmit Kaur,23, Content Creator

Memang best lah cerita dia! Kalau sebelum ni, korang ‘main’ Facebook,Instagram atau TikTok untuk suka-suka, tapi sekarang dah boleh jadi ‘lubuk’ jana pendapatan sampingan.

Apa-apa pun, sebelum korang nak buat task ke apa ke, pastikan korang muat turun dulu aplikasi Partipost ni tau. Untuk maklumat dan update terkini, korang boleh follow je Partipost di :
Instagram, Facebook, TikTok dan jugak Telegram. Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi hantarkan e-mel ke info@partipost.com.

Sumber: Partipost
Sumber: Partipost
Sumber: St. Ives
Sumber: Inside Scoop