Buat beramal ni tak kisah lah sekecil mana pun orang pasti akan hargai, ibarat satu rezeki turun dari lagi buat seorang pemandu Grab dan penghantar GrabFood, Stomper Derrick ini.
Jadi speechless apabila makanan dan pesanan yang dia patut hantar itu rupa-rupanya dibeli untuk dirinya sendiri.
Dalam situasi ini, saya percaya tidak semua orang tengah bersenang-senang. Sebilangan besar dari kita bekerja keras untuk hantar makanan, saya percaya ada orang baik di luar sana yang akan menceriakan hari seseorang.”
Menurut Stomp, Pekerja GrabFood dari Singapura ini menerima pesanan dari sebuah pusat membeli belah, seorang pelanggan yang dikenali sebagai Cik CYN itu membuat pesanan sekitar jam 6.30 petang pada Jumaat lepas.
Itu pesanan biasa bagi saya, dan ketika saya sedang mengambil dan menyampaikan pesanan sebelumnya, saya tidak betul-betul melihat pesan yang dia kirimkan.
Waktu itu dia tengah menghantar makanan untuk pesanan yang sebelumnya. ketika sampai giliran Cik CYN itu, dia terkejut apabila terbaca mesej seperti dibawah ini.
Katanya lagi, dalam masa yang sama Cik CYN tetap menghubunginya samada dia tada terima mesej itu tidak.
Difahamkan, pelanggan tersebut memesan 5 bungkus nasi lemak dengan limau ais untuk Derrick dan kawan-kawan sekerjanya. Kata Cik CYN, ia sebagai tanda terima kasih kepada para rider yang sanggup berkorban masa dan nyawa untuk menghantar makanan buat kita.
Kata derik kepada sumber,
“Kepada Cik CYN, saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada anda. Saya tak kenal anda siapa tetapi saya nak beritahu anda membuatkan orang ramai jadi terhadu. Andalah manusia paling baik di dunia ini”
.Humanity restored!
Baca : “Wow geren banget” – [Video] Hebat! Rider Grab Indo Tak Naik Motor, Dia Naik Kuda Hantar ‘Pesanan’!