in

“Tak padan bini ramai” – Individu Didakwa Rakan Ibu Mangsa Rogol Dedah Cara Ustaz Umpan Mangsa

ft penceramah bebas umpan mangsa remaja

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, kita digemparkan dengan satu berita yang melibatkan seorang penceramah bebas atas kesalahan merogol seorang remaja berusia 14 tahun.

Berita itu mula dihebahkan setelah penceramah itu telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor selepas dua hari laporan dibuat.


Seperti yang kita sedia maklum, perbuatan terkutuk itu dibuat oleh pelaku ketika sedang berada melakukan roadtrip bersama mangsa, namun begitu ada seorang individu mendakwa dirinya rakan kepada ibu mengsa mendedahkan cara dia ‘umpan’ mangsa.

 

Ajak teka umur, reward belanja makan kalau betul?

Pendedahan itu mula mendapat perhatian netizen apabila ada beberapa perkongsian video di TikTok muncul di fyp kebanyakan warganet.

Setelah berita mengenai penangkapan penceramah bebas itu tersebar, pengguna akaun @omyqay menjelaskan sebelum ini ustaz tersebut pernah cuba buat laporan polis mengenainya kerana cubaan untuk tularkan diri ustaz itu.

https://www.tiktok.com/@omyqay/video/7122004273667345690?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Dalam pada itu, individu ini juga turut mendedahkan bahawa sebelum ini pelaku itu mempunyai ramai isteri.

https://www.tiktok.com/@omyqay/video/7122011064044096795?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

https://www.tiktok.com/@omyqay/video/7122030951940607259?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Bagi nombor telefon, alasan jarang buka DM

Mengenai ‘modus operandi’ perbuatan itu, individu ini mendedahkan bahawa mangsa sebelum ini ada mengikuti Intagram ustaz tersebut dan ada mesejnya mengenai soal agama, ustaz tersebut bagaimanapun memberikan nombor telefonnya dengan alasan jarang buka peti mesej di platform itu.

Pelaku tersebut kemudiannya cuba ‘umpan’ mangsa dengan memberikan teka teki mengenai umurnya dan diberikan ganjaran belanja makan sekiranya jawab dengan betul.

“Budak mentah macam tu apa tahu, dia seronoklah sebab nak keluar dengan orang yang terkenal.”

Jelasnya lagi, umur mangsa hampir sebaya dengan anak sulung penceramah tersebut.

https://www.tiktok.com/@omyqay/video/7122096405014924570?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Tidak dinafikan bahawa pada awal kes ini ianya terjadi sebab suka sama suka tapi setelah perkara ini terbongkar oleh keluarga pastinya ibu bapa tak akan berdiam diri.

Individu ini turut terkilan kerana remaja 14 tahun itu sepatutnya diberi didikan untuk jauhkan diri daripada perbuatan yang dilarang agama. Ini kerana apabila membaca mesej perbualan antara pelaku dengan mangsa, ia membuatkan individu ini rasa jijik.

https://www.tiktok.com/@omyqay/video/7122236898390658331?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Individu ini turut menjelaskan bahawa dia bersama pihak mangsa mempunyai bukti yang kukuh untuk membuat tindakan. Individu ini turut memberikan respon kepada pertikaian netizen dengan menjelaskan punca menjadi ‘suka sama suka’ itu adalah disebabkan terpedaya dengan kata-kata manis pendakwah itu.

Bagaimanapun, identiti penceramah itu tidak didedahkan, apapun sama-sama kita tunggu laporan polis.

Baca : Penceramah Bebas Popular Kena Tahan Polis Disyaki Rogol Remaja

polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.