Perlaksanaan kerja dari rumah daripada sektor awam mahupun swasta yang diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkuatkuasa sehingga PKPB di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Selangor dan Sabah tamat.
Kementerian Sumber Manusia pula mengingatkan majikan tidak boleh guna alasan kerja dari rumah atau work from home (wfh) sebagai alasan untuk memotong gaji pekerja.
Namun, lain pula yang dianggap oleh Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), baginya ia satu perkara yang tidak munasabah.
Untuk mengarahkan majikan membayar gaji dan elaun penuh adalah tidak munasabah dan tidak mengikut konsep ‘ada kerja ada gaji, tiada kerja tiada gaji’.
Kata Pengarah Eksekutif MEF Shamsuddin Bardan, hal ini kerana produktiviti kerja pasti akan terjejas apabila kakitangan bekerja dari rumah.
Malah banyak juga syarikat yang masih berdepan masalah aliran tunai yang dihadapi syarikat berikutan wabak Covid-19. Lapor Malaysiakini.
Baginya lagi, tidak dinafikan majikan tidak boleh paksa pekerja untuk mengambil cuti tahunan, namun amatlah tidak adil jika pekerja enggan mengambilnya dan harapkan dibayar gaji penuh saat mereka tiada kerja untuk dilakukan.
“Apa asas untuk arahan seumpama ini diberikan?”
Tambahnya lagi, biarpun cuti tahunan atau cuti tanpa gaji tidak boleh dibuat dengan cara paksaan, semua pihak perlu faham bahawa bukan semua kerja boleh dibuat di rumah.
Ia merupakan satu alternatif ketika syarikat berdepan risiko pekerja tidak dibayar gaji apabila produktiviti berkurang, atau tiada kerja untuk dilakukan, katanya.
“Kalau mereka tidak mahu ambil cuti tahunan, jadi kita terpaksa beri mereka tak ada gaji.”
Tambahnya lagi, arahan yang diberi ketika bekerja di pejabat berbeza daripada ketika bekerja dari rumah.
Malah, beliau menegaskan bahawa membuat satu keputusan tanpa melihat apa sebenarnya terjadi di tempat bekerja berkenaan itu bukanlah satu perkara yang mudah.
Baca : Arahan ‘Work From Home’: Majikan Tidak Boleh Potong Gaji, Paksa Pekerja Ambil Cuti Tahunan