Pelakon Nora Danish yang kini manis berhijab memberitahu dia tidak kisah sekiranya bekas suaminya bersama wanita lain setelah bercerai dengan Nedim Nazri.
Menerusi satu perkongsian di Instagram Story, Nora, 42, menyatakan perceraian yang berlaku baru-baru ini adalah permintaannya sendiri.
“Tidak mengapa jika kelihatan dia bersama wanita-wanita lain kerana perceraian ini adalah permintaan saya. Jadi biarlah dia dan kehidupannya. Jangan sampaikan kepada saya okay?”
“Masing-masing dah melalui jalan berbeza. Kami hanya rapat atas urusan anak-anak. Tidak lebih, harap maklum,” tulis Nora.
Artikel berkaitan: “Dia bukan milikku dalam Islam” – Nedim Luah Perasaan Lepas Sah Bercerai Dengan Nora Danish
Artikel berkaitan: Masalah Kewangan Bukan Punca Nora Danish & Nedim Nazri Bercerai
Dalam pada itu, mungkin ada spekulasi yang timbul, Nora juga menegaskan dia tidak tinggal sebumbung dengan bekas suami.
“Saya tidak tinggal serumah dengan Nedim, dan tidak akan tinggal serumah kerana sudah bercerai.”
Sekadar info, Nora pernah bernikah dengan Nedim pada 30 Mac 2017 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl yang berusia enam tahun.
Pasangan itu kemudian sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta pada 19 Jun lalu.
Selepas perceraian, Nora ada berkongsi satu hantaran menjaga bekas suaminya di hospital namun enggan memberitahu butiran mengenai penyakit Nedim.
Sumber: Instagram