in

Tak Mampu Bayar Bil Rawatan Sebab Insurans Tak ‘Cover’, Pesakit Lari Dari Hospital

Lari Hospital

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Insurans merupakan sejenis alat kewangan yang boleh dibeli untuk melindungi anda daripada sebarang kemalangan. Dalam kata lain, ia dapat memberikan perlindungan sekiranya sesuatu yang tidak baik terjadi kepada anda, ahli keluarga anda atau apa-apa barangan milik anda.

Semalam, tular sebuah kes di mana seorang pesakit wanita nekad melarikan diri dari sebuah hospital swasta kerana dikatakan insurans yang diambilnya tidak dapat menampung kos rawatannya.


Insiden yang berlaku di Sungai Petani, Kedah itu dilaporkan kepada pihak polis oleh seorang jururawat yang bekerja di hospital berkenaan.

Pexels Pixabay 207601
Gambar hiasan

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, menyatakan pesakit yang berusia 32 tahun pada mulanya mendaftar untuk mendapatkan rawatan di hospital terbabit kira-kira jam 6.40 petang kelmarin sebelum dimasukkan ke wad.

“Bagaimanapun, pada 9.30 malam pihak hospital memaklumkan kepada wanita itu yang insuransnya tidak boleh digunakan sebelum dia memberitahu enggan meneruskan rawatan dan mahu keluar wad.

Jururawat kemudian memberitahu doktor bertugas sebelum proses keluar wad dilakukan terhadap pesakit terbabit yang turut diminta menjelaskan bayaran dan mengambil ubat di farmasi.” katanya.

Difahamkan, pada jam 10.40 malam, pesakit tersebut tidak dijumpai di dalam wad malah dikesan tidak mendaftar keluar serta membuat pembayaran keluar dari hospital.

“Kakitangan hospital cuba menghubunginya namun pesakit berkenaan tidak menjawab panggilan telefon dan satu laporan polis dibuat jururawat.

Susulan itu, polis menghubungi pesakit terbabit namun tidak dijawab dan cuba mencarinya di rumah bagaimanapun wanita berkenaan tiada selain pintu berkunci.” katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati wanita berkenaan mendapatkan rawatan di hospital kerana mengalami sakit perut dan memberitahu dia mempunyai insurans ketika membuat pendaftaran, namun wanita berkenaan lari sejurus mengetahui insuransnya tidak melindunginya daripada gastrik.

Baca: [VIDEO] Viral Video Guard Mengamuk Di Hospital, Rupanya Sebab Tak Ikut Waktu Melawat?

Pengawal Keselamantan Mengamuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.