Pendakwah selebriti, Da’i Syed bertekad untuk membersihkan nama baiknya berikutan dengan kes merogol seorang wanita pada tahun 2019. Katanya, perjuangan itu dibuat adalah demi keluarganya.
Malah, dia enggan membiarkan puteri sulungnya itu membesar dalam keadaan negatif dek kerana kecaman dan hinaan daripada orang ramai.
Artikel berkaitan : [TERKINI] Mahkamah Bebaskan Da’i Syed Dari Tuduhan Cabul Luar Tabii
Artikel berkaitan : “Stop jadikan perempuan modal – Da’i Fuad Minta YouTuber Ini Buang Kontennya Yang Berunsur ‘Soft Porn’
“Kes ini memang sukar bagi saya, saya perjuangkan sampai ke tahap Mahkamah Tinggi pun bukan untuk orang lain tetapi untuk anak dan isteri.
”Saya tak mahu anak saya membesar nanti dalam keadaan trauma dan sedih dengan kata-kata orang luar, jadi saya di sini untuk membersihkan kembali nama saya, Insya-Allah.”
Katanya ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi tadi bagi memgemukakan rayuan berhubungan dengan hukuman sebatan dan hukuman penjara 10 tahun dan 3 sebatan atas satu pertuduhan merogol seorang wanita pada tahun 2019.
Sementara itu, Da’i Syed akui ada kalanya mentalnya terganggu dengan tohmahan dan kecaman netizen namun, dalam kebanyakan masa, dia dalam keadaan baik-baik sahaja.
Bagaimanapun, isterinya iaitu Hana Ismail sentiasa memberikan sokongan moral dan setia di sisi meskipun dirinya dalam keadaan sukar.
“Alhamdulillah, keadaan mental saya okay. Saya pun manusia biasa, ada masanya saya rasa down dan bersedih. Saya bersyukur Allah bagi isteri yang baik, kurniakan anak kepada kami.”
“Alhamdulillah, itu kesempurnaan untuk saya kuatkan diri, jiwa, hati dan minda.”
Jelasnya, dia kini banyak meluangkan masa bersama keluarga daripada melakukan perkara sia-sia.
“Penerimaan keluarga okay, saya baru balik kampung, mereka mendoakan segala urusan saya dipermudahkan.”
Pada 30 Ogos lalu, Da’i Syed dihukum penjara, selama 10 tahun, dan 3 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana didapati bersalah merogol seorang wanita di sebuah apartment pada 2019.
Namun selepas 21 hari dipenjara, Syed dilepaskan sementara daripada menjalani hukuman tersebut pada 20 September oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam. Penangguhan hukuman itu adalah sehingga rayuan pendakwah itu didengar dan diputuskan mahkamah.
Sumber : mStar Online