Macam yang korang tahu, filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan ni memang tengah meletup-letup sekarang. Dengar ceritanya, ramai lagi yang tak berpeluang nak tengok sebab panggung asyik penuh je!
Namun baru-baru ini timbul pula isu di antara pihak Finas dan penerbit filem ini Studio Kembara Sdn Bhd yang dikatakan gagal untuk berikan kredit walaupun selepas agensi ini telah mengeluarkan sebanyak 1.5 juta dana produksi dan RM300,000 dana pemasaran kepada studio tersebut.
Mengikut syarat, penerbit perlu memasukkan logo FINAS dalam bahan bercetak yang berkaitan filem berkenaan, namun, perkara ini gagal dilakukan.”
Sehubungan ini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Finas Profesor Dr Md Nasir Ibrahim telah meluahkan kekesalan apabila penerbit filem Mat Kilau tidak bersungguh-sungguh memohon maaf kerana melanggar syarat perjanjian, lapor Berita Harian.
Sebaliknya, penerbit menyalahkan FINAS kerana tidak memaklumkan mengenai hal kredit, sedangkan ini adalah tanggungjawab penerima dana.
“Sekarang, FINAS pula dipersalahkan. Wajarkah menyalahkan FINAS dan saya tidak melihat usaha penerbit membetulkan keadaan.”
Disebabkan ini, Finas telah pun mengarahkan peguam untuk menyemak isu kegagalan pihak filem Mat Kilau mematuhi perjanjian syarat kredit atau rujukan penghargaan atas kerjasama mereka merialisasikan projek tersebut.
Penerbit mengaku salah
Ekoran ini, penerbit filem Mat Kilau, Abdul Rahman Mt Dali mengakui kegagalan Studio Kembara untuk memberikan kredit atau penghargaan kepada Finas.
Jelasnya, perkara ini berlaku atas kecuaian pihak mereka yang terlepas pandang dan tidak disengajakan lebih-lebih lagi sebagai pendatang baharu dalam perfileman.
Perkara ini berlaku disebabkan kami terlepas pandang. Urusan berkaitan pemberian kredit adalah tanggungjawab pihak ketiga yang diamanahkan.
“Kami tidak sedar logo FINAS tidak diletakkan dalam senarai kredit filem itu hinggalah hari berlangsungnya sesi tayangan perdana, baru-baru ini.
Kesilapan juga berpunca daripada kami yang tidak membuat pemeriksaan terperinci sebelum filem ditayangkan.”
Selain itu Rahman turut menjelaskan bahawa tidak timbul konflik di antara syarikatnya itu dengan Finas dan menyatakan persediaannya untuk memperbaiki kesalahan.
Ingin saya tegaskan, tiada konflik berlaku antara kami dan FINAS. Saya terkejut apabila perkara ini dibangkitkan sedangkan antara kami tiada masalah.
“Segala kesilapan yang dilakukan, kami cuba perbaiki mengikut kemampuan. Kalau boleh diletakkan logo, kami akan buat biarpun agak terlewat.
“Malah, pada sesi tayangan khas bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, baru-baru ini, kami puji inisiatif FINAS membantu kami menyiapkan filem itu.”
Baca: Mat Kilau Dijangka Boleh Capai Kutipan Sehingga RM60 Juta, Bakal Masuk Netflix?