Dunia dalam ketakutan. Selepas kita semua lalui penularan wabak macam SARS, H1N1 dan terbaru Influenza A yang meragut nyawa, kali ini muncul pula wabak misteri baru yang dipanggil Coronavirus atau virus Wuhan.
Sehingga setakat ini, 25 orang telah dilaporkan maut di China berikutan penularan wabak ini dan Pasar Huanan Seafood yang terletak di bandar Wuhan, China katanya jadi penyebab virus ni berlaku.
“Makan koala? Tak ada apa yang orang China tak makan di sana”
Bak kata pepatah, asal usul sebarang penyakit datangnya dari perut dan apa yang kita makan. Cuba bayangkan apa akibatnya kalau kita makan haiwan macam ular, anjing, tikus, kelawar dan haiwan secomel koala… rasanya pasti korang dah tahu apa akibatnya kepada tubuh badan kita.
Huanan Seafood Market katanya telah menjual haiwan-haiwan seperti kat atas ni untuk dimasak dan dimakan penduduk tempatan. Sejak penularan wabak tersebut berlaku, pasar ini katanya dah jadi padang jarak padang terkukur, lapor Daily Mail.

Agak mengejutkan, untuk daging koala pasar ni menjual 70 RMB yang bersamaan dengan RM41.00. Uish mana dapat daging koala niii?
Malah laman sosial Weibo pun ada menyebut yang ‘mereka’ ni memang makan koala dan ‘tak ada apa yang orang China tak akan makan di sana’.
Setakat ini ada 112 haiwan eksotik yang dijual dalam list kat bawah secara hidup-hidup. Yang dibulat tu lah koala.

“Esok-esok mereka makan manusia pulak!”
Rata-rata rakyat Australia yang membaca berita ni ternyata marah dan meluahkan rasa tidak puas hati mereka di laman Facebook Daily Mail Australia.
Menurut netizen sana, perbuatan memakan haiwan yang sedang dalam kepupusan itu adalah satu jenayah berat dan tak menyangka pemakan haiwan ni sangat kejam dalam melakukannya.
Ada juga siap meramal yang penduduk China akan makan apa saja satu masa nanti termasuklah daging manusia. Huish seram wehhh!

Sehingga setakat ini, tiada kes Coronavirus yang dilaporkan di Australia namun negara tersebut dalam langkah berjaga-jaga kerana pelancong China juga banyak datang ke Australia.
Harapnya wabak ini dapat dikawal dan taklah merebak ke serata dunia. Sama-sama kita doakan.