Usahawan media sosial terkenal Khalieda Yusra atau lebih dikenali sebagai Kieda Crepe sering dikecam kerana cara perniagaannya yang luar dari kebiasaan.
Pun begitu, Kieda tidak mudah melatah dan sebaliknya dia menggunakan popularitinya untuk membantu mereka yang lebih memerlukan.
Artikel berkaitan: “Mana semua orang?” – Sunyi Sepi, Kieda Crepe Pelik Orang Tak Datang Kedai ‘Support’ Vendor
Artikel berkaitan: “Saya tak paksa orang beli” – Kieda Crepe Respon Isu Berniaga Letak Syarat Perlu Beli Barang Vendor
View this post on Instagram
Menerusi Instagram miliknya, Kieda berkongsi dia membantu ramai orang dengan membeli pelbagai barangan keperluan asas seperti beras, susu tepung serta tuala wanita.
Dalam beberapa video perkongsiannya, Kieda dilihat memberikan barangan keperluan itu kepada golongan yang kurang berkemampuan dan meletakkan syarat satu keluarga satu kali bantuan sahaja.
Kieda juga berkongsi, usaha kecilnya itu juga dilakukan mengikut pesanan arwah bapanya yang berpesan agar dia sentiasa menjaga dirinya serta keluarganya.
“Murah rezeki Kieda…”
Usaha murninya itu dipuji ramai netizen, ruangan komen media sosialnya itu dipenuhi dengan doa serta ucapan yang baik-baik daripada pengikutnya.
Dalam perkongsiannya itu juga, Kieda berharap agar orang ramai sentiasa mendoakan yang terbaik buatnya dan dia juga memberitahu dia akan sentiasa membantu jika diperlukan.
Good job Kieda!
Sumber: Instagram