Pekerjaan dalam bidang perubatan seperti doktor, jururawat dan staf hospital sememangnya mencabar dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Mereka juga dilatih untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit.
Muat naik video bayi menangis di TikTok, pakai sound carut
Namun, lain pula situasi apabila baru-baru ini, tindakan seorang individu dipercayai jururawat memuat naik sebuah video dengan menggunakan suara latar yang mengandungi bahasa ‘carut’ mengundang perasaan kurang senang orang ramai, lapor Kosmo!.
Video berdurasi 10 saat di TikTok @shahira_azman96 itu memaparkan seorang bayi yang dipercayai sedang menangis dalam inkubator di sebuah wad namun lokasi kejadian tidak diketahui.
https://www.tiktok.com/@mekk_awang/video/7110023765387382042?_t=8TEDA6zCMSn&_r=1
Suara latar video terbabit yang diambil di aplikasi TikTok berbunyi ‘Ini kalau hari-hari, letihlah si*l, ini apa benda h*n*t’.
Harus lebih sensitif, jaga aib keluarga bayi
Pengguna media sosial juga turut meninggalkan komen menasihatkan agar individu yang memuat naik video berkenaan supaya lebih sensitif termasuk menjaga aib keluarga bayi terbabit.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen benci dengan kandungan seperti ini. Mereka berkata lebih baik berhenti kalau rasa kerja itu tak ikhlas terutama yang bekerja dalam sektor perubatan.
Ada juga netizen mengharapkan orang yang merakam video ini diambil tindakan tatatertib, kerana sewenang-wenangnya merakam anak orang lain dan muat naik di TikTok.
Setiap tugas yang diberi, kita kenalah bertanggungjawab, amanah dan ikhlas. Jangan buat benda yang bukan-bukan!
Baca: “Gaji hampir sama doktor pakar” – Jururawat Di Johor Berhijrah Ke Singapura, Gaji Lebih Lumayan”