in

“Tak habis-habis nak menipu” – Boy Iman Dikecam Lepas Tipu Dapat PhD Dari UM

Man

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau kita perasan, nama Boy Iman ni tak pernah lekang dari bibir masyarakat. Ada je cerita-cerita baru yang pasti ada kaitan dengan beliau. Sebelum ini, nama Boy Iman dikaitkan dengan soal skim rumah, sekarang nama dia muncul balik sebab kononnya nak jawab balik persoalan tentang status pendidikan dia yang sering jadi tanda tanya masyarakat.

Boy Iman atau nama sebenarnya Norul Iman A. Rahman, 38 tahun, dah cetuskan semula api spekulasi di Instagram miliknya yang dah berjaya dapat perhatian ramai. Menurut Rotikaya, baru-baru ini dia ada dedahkan soal status pendidikannya yang kononnya sekarang ini dalam peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Malaya (UM). Wahhh tak nak kalah tuuu! Perkongsiannya itu ditampilkan sekali bersama kad pelajarnya dengan caption,


Boy1
sumber: rotikaya

“Buat mereka yang bergelar pakcik bawang dan makcik bawang. Hadiah untuk anda!”

Menerusi caption itu, jelas sekali dia beritahu kat kita semua yang dia adalah salah seorang daripada pelajar Universiti Malaya. Malangnya perkara itu dinafikan sendiri oleh universiti berkenaan menerusi laman rasmi milik mereka. PULAKKK DAH!

Boy
sumber: rotikaya

Walau bagaimanapun, menurut Utusan Malaysia, Boy Iman minta kita semua untuk tunggu saja pada hari konvokesyennya nanti. Aihhh bila pulakkk tu? Kata Boy Iman,

“Saya rasa dah macam Raja Viral. Semua yang saya lakukan akan menjadi perbualan banyak pihak. Serba salah jadinya. Biarlah masa menentukan. Tunggu sahaja hari konvokesyen berlangsung nanti”

Boy2
sumber: instagram

Perkongsian ini confirm-confirm dapat kritikan dan cemuhan daripada netizen. Rata-ratanya minta dan harap supaya Boy Iman ini cepat-cepat sedar bahawa nak ambil PhD itu tak semudah yang dia sangka. Kannnn senang-senang je tau! Antara kritikan yang diterimanya ialah,

“Padahal konvo pun lambat lagi. Biasanya universiti konvo dalam hujung tahun. Kalau Boy Iman konvol awal especially untuk PhD, nampak sangat tipu dia”

“Time orang konvo, lepas tu dia punya menyelit acah-acah konvo jugak”

“Tak habis-habis nak menipu orang”

Kalau dah pihak UM sendiri yang nafikan, alahaiii menipu orang je kerjanyaaaaaa!

Baca: “KRU kau boleh melingkuppp!” – Netizen Berang KRU Buat Lagu Untuk Boy Iman Pula

Kru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.