in

“Tak guna gas pun”- Boleh Jimat, Lelaki Nigeria Kreatif Cipta Dapur Memasak Guna Kuasa Air

f1 dapur air

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam dunia yang dah serba moden ni, kita ada banyak pilihan cara untuk memasak sebab selain guna dapur gas, boleh juga guna induction cooker, air fryer atau thermomix.

Namun, pernah tak korang dengar tentang inovasi buat dapur untuk memasak guna kuasa air dan udara je? Seorang lelaki yang dikenali sebagai Hadi Usman di Nigeria telah mengagumkan rata-rata penduduk dunia dengan ciptaannya itu.


dapur air 2

Menurut Techgh24, warga emas yang berusia 67 tahun itu telah membina dapur tanpa menggunakan gas atau minyak tanah sebaliknya ia dibuat dengan tekanan air dan udara untuk menghasilkan api memasak.

Rupa-rupanya, lelaki ini merupakan seorang juruteknik elektronik, jadi tak peliklah kan dengan kemampuan dan skill yang dimilikinya.

Idea untuk buat dapur tanpa guna gas ini telah timbul disebabkan harga gas dan minyak tanah yang semakin mahal di Nigeria termasuklah di Ghana.

dapur air 3

Dalam masa yang sama, dia juga berharap agar ada syarikat atau institusi yang berminat untuk mengembangkan dan patenkan ciptaannya itu agar dapur memasak ciptaannya itu dapat membantu lebih ramai lagi masyarakat untuk jimat duit tanpa perlu beli gas.

Boleh tengok video YouTube yang dikongsikan oleh PRNigeria News jika korang nak tahu dengan lebih lanjut tentang pembuatan dapur memasak ini.

 

Memang berguna ciptaan macam ni, boleh la kita yang guna dapur gas ni jimatkan duit dan belanja bulanan sebab dah tak payah beli tong gas kan. 

Sumber: Techgh24

Baca: Ada 60 Soket Untuk Cas Telefon, YouTuber Cipta Powerbank Gergasi, Siap Boleh Basuh Baju Lagi! 

dapur air 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.