Tularnya wabak Coronavirus atau juga dikenali sebagai virus Wuhan ini nampaknya memberi impak besar kepada dunia. Antaranya kebanyakan penerbangan ke Wuhan dan daerah lain di China yang terpalit dengan virus tersebut telah dibatalkan syarikat penerbangan.
Walau bagaimanapun, Tahun Baru Cina kali ini nampaknya bertambah suram apabila filem-filem khas tayangan CNY telah dibatalkan gara-gara penularan wabak tersebut.
Filem lakonan Jackie Chan dibatalkan tayangan di Malaysia?
Perkara ini telah diumumkan beberapa pawagam besar Malaysia seperti MBO Cinemas dan GSCinemas baru-baru ini dalam posting Facebook mereka.
Menurut MBO, disebabkan perkara yang tak dapat dielakkan, beberapa filem bertemakan Tahun Baru Cina akan dibatalkan tayangannya sehingga waktu yang ditetapkan.
Pembatalan ini katanya disebabkan virus Wuhan yang kian merebak di China. Antara filem tersenarai dibatalkan tayangannya di pawagam ialah:
- Vanguard
- The Rescue
- Detective Chinatown 3
- Jiang Zi Ya: Legend of Deification
https://www.facebook.com/231382733789/posts/10157094095253790/
https://www.facebook.com/GSCinemas/posts/10158418658927275
Bagi mereka yang sudah membeli tiket bagi filem-filem kat atas, korang jangan bimbang sebab pihak MBO dan GSC akan refund semula duit korang dalam tempoh 7 ke 14 hari dan kalau ada masalah, korang boleh saja contact kedua-dua pawagam ni melalui email yang tersedia di atas.
“Bila ramai-ramai berkumpul satu tempat, risiko merebak virus lagi senang”
Pembatalan tayangan filem ni tambah-tambah lagi filem Vanguard lakonan Jackie Chan ternyata buat ramai penggemar filem kecewa dan ada ternyata-tanya apa yang mereka nak tengok CNY kali ni.

Apa-apapun sebilangan netizen mula berspekulasi yang pembatalan ni satu insiatif baik yang dilakukan pihak panggung wayang dan pihak produksi kerana mereka tak mahu wabak ni terus merebak dengan cepat.
Yelah kan bila ada filem best-best keluar pawagam, mesti semua orang berkumpul kat satu tempat tak kiralah tua, muda dan yang sakit mahupun sihat sebab nak tengok wayang. Lagi cepatlah wabak ni tular di kalangan orang ramai.

Jangan risau filem dari Hong Kong korang masih boleh tengok!
Walau bagaimanapun, korang yang menyambut CNY tu jangan sedih-sedih. Korang masih boleh tonton filem-filem dari Hong Kong kerana negara tersebut tidak terlibat dalam penularan virus tu.
Antara filem dari Hong Kong / Hollywood yang bakal keluar CNY ini ialah:
- Enter The Fat Dragon
- Bad Boys For Life
- Dolittle
- Alls Well Ends Well 2020
- A Moment of Happiness
- The Grand Grandmaster
- The God of Wealth
- Fight Lah! Kopitiam
- Good Wealth 2020
https://www.facebook.com/GSCinemas/posts/10158418719067275?__xts__[0]=68.ARBi4D40Do5nbh1RVLtrvuar9-t7vg_0aBV5e-htaBX9LLw7_pExIAAs7btTfcGFSpZbVAUuys-snrWB3gsNvwKcL_G9H-sVEnLPrH5N5y7yC3JBrDyjBDY2ZRiW2rjCGzlXkfRzmaITojaDTfgY4zqSXJbrTrMQ91WojGr0EB64IiZg9jBXHpafbXea9SQovxOXjqsVRM0O_7JRzDm5P6kDD0kLwVQskFw4fiaIWxXpT1CdRVAu0nghZh5ZIgjocBrAaSRRw2C_CMJAnqYo9RrLtaC3RmoL1HH62aFqVj727pGC4bRbqocqFL4ONnufln6WbkCuEF14hUX8dw&__tn__=-R
Selamat Tahun Baru Cina buat mereka yang menyambutnya! Harap CNY kali ni taklah suram disebabkan semua yang berlaku ni.
Baca: “Padang jarak padang tekukur” – [VIDEO] Angkara Coronavirus, Wuhan Bertukar Jadi Kota ‘Hantu’